Ejen Takaful

DEFINISI HIBAH

Hibah merupakan instrumen penting dalam perancangan harta menurut undang undang Islam.

Hibah ialah pemberian harta yang berlaku semasa hidup pemberi hibah, sedangkan wasiat ialah pemberian harta yang berlaku selepas kematian pewasiat.

instrumen ini digalakkan dalam Islam, di mana sekiranya ia dilakukan dengan betul dan selaras dengan kehendak syarak maka ia boleh mengelakkan berlaku pertikaian dan perebutan harta.

Melalui hibah juga dapat membantu kaum kerabat yang memerlukan bantuan.

Terdapat tanggapan bahawa dengan melakukan hibah maka dia telah menyalahi ketepatan hukum faraid.

Tanggapan ini tidak tepat kerana instrumen ini juga sebenarnya diberi focus dan tempatnya yang tersendiri di dalam Islam.
apa itu hibah takaful?

DEFINISI HIBAH TAKAFUL

Hibah Takaful pula adalah pemberian Hadiah dalam bentuk Nilai Pampasan Takaful kepada penerima hibah yang telah ditetapkan oleh Peserta Takaful.

Penerima HIBAH tersebut merupakan penerima MUTLAK dan PAMPASAN HIBAH TAKAFUL tersebut adalah terkecuali daripada pengurusan harta pusaka dan dalam pecahan bahagian faraidh.

Hibah Takaful adalah Hibah Bersyarat. Ia dilindungi oleh Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

Hibah Takaful juga terpakai untuk warga islam dan bukan islam.

KONSEP HIBAH DALAM ISLAM | PENGERTIAN HIBAH

HIBAH DARI SEGI BAHASA

bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau selainnya. Ia merangkumi hadiah dan sedekah.

Ketiga-tiga istilah ini mempunyai pengertian yang hampir sama.

Perbezaannya dari aspek tujuan pemberian itu, di mana sedekah ialah suatu pemberian yang bertujuan untuk mendapat pahala di akhirat dan ia biasanya dari yang kaya kepada yang miskin.

Manakala hadiah pula ialah pemberian untuk memuliakan seseorang dan biasanya ia ada hubungkait dengan sesuatu perkara.

Dengan ini dapat dirumuskan bahawa setiap sedekah dan hadiah adalah hibah, tetapi bukan semua hibah adalah sedekah dan hadiah.

HIBAH DARI SEGI ISTILAH

Ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad).

Secara lebih khusus lagi, hibah ialah suatu akad pemberian milik ain harta daripada satu pihak kepada pihak yang lain tanpa balasan (iwad) semasa hidup secara sukarela, bukan mengharapkan pahala di akhirat dan memuliakan seseorang, dengan menggunakan lafaz ijab dan qabul atau seumpamanya.

Berdasarkan definisi di atas, dapat disimpulkan ciri-ciri hibah adalah seperti berikut:

• Suatu akad pemberian milik harta kepada sesuatu pihak.
• Harta yang boleh dihibah ialah ain harta, bukannya hutang atau manfaat.
• Akad hibah dibuat tanpa mengenakan sebarang balasan (iwad).
• Akad hibah berkuat kuasa semasa hidup pemberi hibah. Ia dibuat secara sukarela tanpa paksaan.
• Akad dibuat bukan bertujuan untuk mendapat pahala atau memuliakan seseorang tertentu

apa itu hibah takaful?

KELEBIHAN HIBAH TAKAFUL

1. Penerima Mutlak

– Wang hibah takaful tidak perlu dibahagikan mengikut faraid

2. Tiada Kos Guaman

– Tiada kos guaman atau kos tersembunyi untuk penama menerima wang hibah tersebut

3. Boleh dihadiahkan kepada bukan waris

– Wang hibah takaful boleh dihadiahkan kepada anak angkat, sesiapa yang dikehendaki atau disedekahkan

4. Tidak Dibekukan

– Sijil hibah takaful tidak akan dibekukan selepas meninggal dunia

5. Cara Mudah Mencipta Harta

– Wang hibah takaful adalah satu cara mudah untuk menyediakan harta selain daripada menyimpan & melabur

6. Patuh Shariah

– Produk mengikut garis panduan Syariah dipantau oleh BNM.

HUKUM DAN PENSYARIATAN HIBAH

Dari segi hukum, hibah adalah suatu amalan yang sunat dan digalakkan dalam Islam terutama sekali kepada kaum keluarga terdekat.

Amalan ini adalah berdasarkan kepada Al-Quran, al-Sunnah dan ijmak.

Antara ayat al-Quran yang menggalakkan amalan hibah ialah sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin itu dengan senang hati, makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya” (Surah al-Nisa’ ayat 4).

RUKUN HIBAH DAN SYARATNYA:

Sesuatu akad hibah tidak akan terbentuk melainkan setelah memenuhi rukun dan syarat seperti berikut:

1. PEMBERI HIBAH (AL-WAHIB)

Pemberi hibah hendaklah seorang yang berkeahlian seperti sempurna akal, baligh dan rushd.

Pemberi hibah mestilah tuan punya barang yang dihibahkan.

Oleh kerana pemilik harta mempunyai kuasa penuh ke atas hartanya, hibah boleh dibuat tanpa had kadar serta kepada sesiapa yang disukainya termasuk kepada orang bukan Islam, asalkan maksudnya tidak melanggar hukum syarak.

2. PENERIMA HIBAH (AL-MAWHUB LAHU)

Penerima hibah boleh terdiri daripada sesiapa sahaja asalkan dia mempunyai keupayaan memiliki harta sama ada mukallaf atau bukan mukallaf.

Sekiranya penerima hibah bukan mukallaf seperti masih belum akil baligh atau kurang upaya, hibah boleh diberikan kepada walinya atau pemegang amanah bagi pihaknya.

Penerima hibah mestilah menerima harta yang dihibahkan dan berkuasa memegangnya.

Dengan kata lain, penguasaan dan kawalan terhadap harta mestilah diberikan kepada penerima hibah.

3. BARANG ATAU HARTA YANG DIHIBAHKAN (AL-MAWHUB)

Barang atau harta yang hendak dihibahkan itu perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

• Ia hendaklah barang atau harta yang halal.
• Ia hendaklah sejenis barang atau harta mempunyai nilai di sisi syarak.
• Barang atau harta itu milik pemberi hibah.
• Ia boleh diserah milikkan.
• Ia benar-benar wujud semasa dihibahkan. Contohnya, tidak sah hibah barang yang belum ada seperti menghibahkan anak lembu yang masih dalam kandungan atau hibah hasil padi tahun hadapan sedangkan masih belum berbuah dan sebagainya

• Harta itu tidak bersambung dengan harta pemberi hibah yang tidak boleh dipisahkan seperti pokok-pokok, tanaman dan bangunan yang tidak termasuk tanah.
• Mengikut mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali, hibah terhadap harta yang berkongsi yang tidak boleh dibahagikan adalah sah hukumnya. Dalam Islam,barang yang masih bercagar (seperti rumah) boleh dihibahkan jika mendapat keizinan dari penggadai atau peminjam.

KRONOLOGI HIBAH TAKAFUL

• Apabila pemegang polisi MENINGGAL DUNIA, pampasan Hibah Takaful akan terus diberi kepada PENAMA HIBAH 100%. Orang luar yang TIADA penama dalam Hibah Takaful TIADA HAK untuk menuntut.
• Apabila pemegang polisi didiagnos HILANG UPAYA KEKAL selamanya, pampasan akan diberikan terus kepada PEMEGANG POLISI. Polisi hibah takaful akan tamat selepas bayaran pampasan hilang upaya kekal diserahkan.
• Apabila pemegang polisi didiagnos PENYAKIT KRITIKAL, pampasan penyakit kritikal akan dibayar JIKA ADA. Seterusnya polisi akan terus BERSAMBUNG secara PERCUMA hingga tarikh matang polisi.

apa itu hibah takaful?

SIGHAH IAITU IJAB DAN KABUL

Sighah hibah merupakan lafaz atau perbuatan yang membawa makna pemberian dan penerimaan hibah.

Ia tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

• Ada persambungan dan persamaan di antara ijab dan qabul.
• Tidak dikenakan syarat-syarat tertentu.
• Tidak disyaratkan dengan tempoh masa tertentu. Hibah yang disyaratkan dengan tempoh tertentu seperti yang berlaku dalamal-‘umra dan al-ruqba adalah sah hukumnya tetapi syarat tersebut adalah terbatal.
• Suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan.

PENSYARIATAN HIBAH

Al-Hadis

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda :

                                         تَهَادُوا تَحَابُّوا 

Yang bermaksud: “Saling memberi hadiahlah kamu nescaya kamu akan saling sayang-menyayangi.” (Riwayat Al-Bukhari)

“Perlu diingat, hibah adalah perkara yang berbeza dengan faraid.

Ia tidak ada kena- mengena langsung dengan faraid. Ini kena jelas.

Faraid adalah mekanisme menguruskan harta si mati supaya ia diuruskan dengan adil dan diberikan kepada yang berhak.

“Hibah pula hak seseorang yang hidup untuk mencapai keredaan Allah.

Banyak dalil mengenai hibah, antaranya surah ali-Imran ayat 133 dan 134. Daripada perspektif muamalah, ini adalah dorongan untuk manusia membuat kebaikan,” jelasnya.

Menurut Ustaz Khairul, hibah adalah perbuatan yang lebih mulia daripada memberi hadiah.

Hibah dan hadiah, dalam masyarakat Arab adalah berbeza.

Dorongan memberi ini memang disuruh Allah dan tiada kena-mengena dengan faraid.

“Jangan salah faham dengan isu hibah contohnya dakwaan hibah ini tidak kuat berbanding faraid atau walaupun sudah hibah, faraid akan diguna pakai juga.

“Keadaan ini berlaku mungkin kerana hibah yang dilakukan di Malaysia dalam keadaan tidak mempunyai akta yang cukup kuat.

Maka ia disepadankan mengikut kehendak konvensional. Sepatutnya umat Islam memahami ilmu ini dan mendalami soal hibah.

Kenapa pula faraid tetap diguna pakai jika harta sudah dihibah? Hibah yang dibuat ketika hidup, tidak kena-mengena dengan faraid lagi.

“Ada empat rukun hibah, pertama ialah pemberi, kedua penerima, ketiga harta yang hendak dihibah dan keempat ijab kabul.

Rukun keempat ini sangat penting kerana ia bermaksud kontrak.

Kontrak ini berdasarkan surah al-Baqarah ayat 282. Ia keperluan penting untuk mendaftar hibah takaful sebagai rujukan hitam putih.