Ejen Takaful

Polisi insuran adalah untuk melindungi anda dan keluarga anda semasa menghadapi saat-saat sukar dalam kehidupan anda.

Pihak insuran akan membayar tuntutan anda secepat mungkin dengan penuh prihatin dan insani sekiranya berlaku apa-apa kemalangan yang tidak diingini.

Ia merupakan satu proses tuntutan yang mudah dan ringkas, serta hanya meminta maklumat yang diperlukan sahaja.

cara buat tuntutan takaful
Kakitangan ejen insuran takaful dilatih secara professional untuk membantu anda secara peribadi dan mesra pelanggan.

Pihak insuran menilai dan membayar setiap tuntutan yang layak dengan segera.

Hanya memerlukan maklumat releven sahaja dan akan menyampaikan perkembangan terkini proses tuntutan anda apabila anda memerlukannya dengan menerangkan keputusan secara mudah dan jelas.

Pihak takaful akan menguruskan setiap tuntutan sebaik sahaja menerima dan akan memaklumkan anda tentang status permohonan anda.

Bagaimana untuk membuat tuntutan anda?

• Melalui emel
– Hantarkan tuntutan anda bersama semua dokumen lengkap, resit dan borang yang diperlukan melalui e-mel takaful yang anda daftar

• Melalui ejen perkhidmatan
– Hantarkan tuntutan kepada ejen anda dan mereka akan membantu anda menyerahkan tuntutan anda kepada pihak atasan untuk membuat tuntutan.

SENARAI SEMAK TUNTUTAN

Anda harus memaklumkan kepada pihak insuran secepat mungkin apabila berlakunya kemalangan atau kejadian yang tidak dingini.

Ini dapat membantu pihak insuran menyelesaikan tuntutan anda dengan lebih pantas dan Bahagian Tuntutan insuran akan memberi nasihat untuk langkah seterusnya.

• Sila pastikan butiran dan maklumat anda lengkap sebelum membuat tuntutan melalui Borang Tuntutan Online
• Maklumat Polisi anda
• Maklumat tentang kemalangan: tarikh, kerosakan yang berlaku, lokasi, dan sebagainya
• Butiran dan dokumen sokongan yang menjelaskan kehilangan atau kerosakan yang ingin anda tuntut
• Maklumat tambahan mengenai individu, kenderaan atau harta benda yang terlibat

PROSES TUNTUTAN

cara buat tuntutan takaful
1. Tugasan Tuntutan

– Setelah tuntutan anda diterima, ia akan ditugaskan kepada pakar tuntutan insuran.

Bergantung kepada kerumitan tuntutan anda, anda mungkin akan berurusan dengan pakar tuntutan yang berpengalaman dalam mengendalikan aspek tertentu tuntutan anda.

2. Permulaan

– Pakar tuntutan insuran akan menghubungi anda untuk mendapatkan maklumat berkenaan kerugian anda, bercakap tentang perlindungan anda, menerangkan bagaimana tuntutan anda akan dikendalikan, mengenalpasti cara-cara untuk melindungi harta benda anda daripada kerosakan lanjut dan menjadualkan temujanji dengan anda jika diperlukan.

3. Anggaran Tuntutan & Penilaian

– Pakar tuntutan insuran akan menentukan sama ada kerugian akan dilindungi, mengumpul fakta, menyiasat dan mendokumenkan kerosakan, menemubual saksi atau individu lain yang terlibat, jika perlu gambar dan sampel akan diambil, dan menilai tuntutan anda.

4. Resolusi

– Pihak insuran akan bekerjasama dengan anda untuk menentukan sama ada tuntutan anda dapat dijelaskan oleh insuran atau tidak.

Penjelasan akan diberikan jika tiada bayaran dibuat atas tuntutan anda. Insuran takaful akan menutup tuntutan anda setelah segala tuntutan anda diselesaikan dibawah terma polisi anda.

Anda juga boleh menghubungi mereka jika terdapat perbelanjaan, yang diragui dan pihak insuran takaful akan membuka semula tuntutan anda untuk siasatan lebih lanjut.

BAGAIMANA CARA MENGHANTAR TUNTUTAN?
cara buat tuntutan takaful
LANGKAH 1 : KENALPASTI JENIS TUNTUTAN

Adalah penting bagi anda untuk mengenalpasti terlebih dahulu jenis tuntutan yang ingin anda pohon bagi memastikan persiapan dan proses tuntutan menjadi mudah, kerana setiap keperluan tuntutan mungkin berbeza.

LANGKAH 2 : DAPATKAN BORANG TUNTUTAN

Anda boleh mendapatkan borang tuntutan dengan memuat turun di laman web atau dengan mengunjungi cawangan berdekatan atau Pusat Khidmat Pelanggan. Pastikan anda mendapatkan borang yang betul untuk tuntutan anda.

LANGKAH 3 : SEDIAKAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Setiap jenis tuntutan memerlukan penyerahan dokumen yang berbeza.

Layari laman web untuk melihat dokumen-dokumen yang diperlukan untuk tuntutan anda.

LANGKAH 4 : SAHKAN DOKUMEN

Sejurus selepas dokumen disediakan, anda harus mengesahkan dokumen tersebut.

Berikut adalah senarai pegawai yang dibenarkan untuk mengesahkan dokumen anda :

– Pegawai Cawangan/Tuntutan
– Pesuruhjaya Sumpah
– Notaris Awam
– Peguambela & Peguamcara
– Jaksa Pendamai
– Ahli Parlimen
– Ketua Balai
– Penghulu
– Pegawai Daerah

LANGKAH 5 : HANTAR

Kumpulkan kesemua dokumen yang telah disahkan dan anda bersedia untuk menghantar tuntutan anda.

Anda boleh menghantar permohonan tuntutan anda di cawangan berdekatan, Pusat Khidmat Pelanggan atau melalui pos.

Anda telah menyiapkan semuanya dan menghantar permohonan tuntutan anda.

Anda menantikan berita baik, tetapi anda baru sahaja dimaklumkan bahawa permohonan tuntutan anda telah ditolak. Mengapa?

Ketahui sebab-sebab lazim permohonan tuntutan anda ditolak seperti yang dinyatakan di dalam jadual di bawah :

PENOLAKAN TUNTUTAN

PENYELESAIAN

  • Tidak membuat pendedahan penting
  • Pastikan anda membuat pendedahan penuh dalam borang cadangan anda
  • Sijil tidak berkuat kuasa
  • Luput setelah tempoh (biasanya dalam tiga tahun pertama sejak dikeluarkan)
  • Buat pembayaran caruman sewajarnya untuk memastikan sijil anda sentiasa berkuatkuasa
  • Luput kerana kehabisan nilai tunai
  • Pastikan anda mempunyai nilai tunai secukupnya di dalam akaun individu atau akaun unit. Dapatkan bantuan perunding takaful anda
  • Kemasukan hospital atau kejadian dilindungi berlaku dalam tempoh menunggu
  • Kejadian berlaku sebelum tarikh permulaan sijil
  • Tuntutan hanya boleh dimohon sekiranya kejadian berlaku selepas tempoh menunggu atau selepas tarikh kuat kuasa
  • Kejadian termasuk dalam risiko terkecuali
  • Baca senarai penuh pengecualian di dalam sijil dokumen anda
  • Kemasukan hospital akibat alkohol atau penyalahgunaan bahan terlarang
  • Tiada pelan perlindungan yang menyediakan perlindungan melibatkan alkohol atau penyalahgunaan bahan terlarang
  • Kejadian tidak termasuk dalam kejadian dilindungi
  • Fahami manfaat manfaat yang pelan anda sediakan. Ketahui selanjutnya mengenai perlindungan yang pelan anda lindungi di dalam dokumen sijil anda
  • Tiada kemasukan hospital, hanya rawatan pesakit luar
  • Pelan perubatan selalunya hanya merangkumi rawatan penghospitalan, bukan rawatan pesakit luar
  • Kejadian berlaku akibat penyakit dan bukan kemalangan
  • Pelan perlindungan anda mungkin tidak merangkumi penyakit kritikal. Sila sertai pelan penyakit kritikal
  • Hilang upaya atau penyakit tidak memenuhi definisi atau terma dan syarat sijil
  • Baca terma dan syarat penuh pelan anda yang terdapat di dalam sijil dokumen
  • Dokumen tidak lengkap
  • Pastikan semua dokumen yang diperlukan disahkan dan dikemukakan. Semak dokumen yang diperlukan untuk tuntutan anda

SEMAKAN PENTING

• Pastikan semua borang tuntutan dan dokumen sokongan lengkap diisi untuk mengelakkan sebarang kelewatan
• Pastikan tandatangan anda pada borang tuntutan sama dengan tandatangan yang direkodkan
• Sijil Perubatan Sulit mesti dilengkapkan dengan perbelanjaan pihak menuntut sendiri
• Senarai semak ini adalah rujukan sebelum mengemukakan tuntutan. Pihak insuran takaful akan meminta dokumen dan maklumat lain yang berkaitan jika perlu
• Anda perlu menunjukkan dokumen asal yang telah disalin dan diserahkan kepada pihak insuran apabila perlu
Permohonan tuntutan merupakan suatu proses yang mudah sekiranya anda tahu dan faham cara-cara dan keperluannya.

Ikuti garis panduan yang disediakan bagi memastikan anda menyediakan kesemua yang diperlukan dengan teratur sebelum mengemukakan permohonan untuk mengelakkan proses tuntutan yang berpanjangan.
cara buat tuntutan takaful