Ejen Takaful

cara pilih agent takaful terbaik
Memilih ejen takaful terbaik bukanlah perkara yang mudah.

Perkara paling penting selain daripada syarikat, produk dan agensi adalah ejen itu sendiri.

Antara beberapa jenis penipuan takaful yang berlaku di Malaysia, ejen palsu adalah yang paling berleluasa.

Penipuan ini biasanya berlaku apabila pelanggan ditipu untuk membeli polisi takaful palsu daripada individu yang mengaku dirinya ejen takaful.

Contoh lain ialah perbuatan ejen takaful menyimpan wang yang dibayar oleh pemegang polisi untuk kegunaan diri sendiri dan tidak diserahkan kepada syarikat takaful.

inilah sebabnya mengapa, ia amat penting untuk anda mempunyai ejen takaful yang baik, yang boleh anda percayai, sebelum anda mula melabur dalam takaful.

Pada artikel kali ini, saya akan berkongsi kepada anda beberapa tips yang berguna untuk memilih ejen takaful terbaik

1. Berkhidmat Sebagai Ejen Sepenuh Masa.

– Individu yang berkhidmat sebagai ejen takaful sepenuh masa biasanya mereka lebih fokus sepenuhnya.

Ini bermakna mereka menghabiskan lebih banyak masa dengan klien dan segala perkara yang berkaitan takaful dan berusaha untuk mempelajari dan memahami sepenuhnya bidang yang mereka ceburi kerana itu merupakan sumber pendapatan utama mereka.

2. Ejen Mestilah Seorang Yang Profesional

– Sebagai seorang ejen takaful, individu tersebut mestilah bersikap profesional terhadap klien.

Contohnya, dari segi keyakinan penerangan yang jelas kepada anda supaya dapat meyakinkan anda tentang tujuan asal anda untuk mendaftarkan diri sebagai klien.

3. Berpengalaman

– Pengalaman ejen dalam urusan takaful juga amat penting.

Ejen yang berpengalaman sudah tahu selok belok proses untuk tuntutan ,servis dan sebagainya.

Bagaimana seorang ejen ingin melakukan servis yang baik sehinggakan semua urusan diserah bulat bulat kepada pelanggan.

– Tidak dinafikan ada ejen yang menyuruh pelanggan pergi sendiri ke hospital untuk mengambil report, ada yang menyuruh pelanggan memuat turun borang claim , isi dan hantar sendiri ke kaunter.

Apa fungsi ejen jika semuanya dilakukan oleh pelanggan.

cara pilih agent takaful terbaik

4. Pengetahuan Luas Tentang Takaful

– Ejen yang kurang berpengalaman dan pengetahuan tentang takaful boleh mengundang misleading information ketika anda bersetuju untuk mencarum.

Mungkin disebabkan ejen yang terlalu baru dan penerangan yang tidak seiring dengan fakta.

– Dalam jangka masa panjang jika anda salah paham tentang produk , ini boleh mengundang kerugian didalam jangka masa panjang.

Mungkin produk yang dicadangkan tidak bersesuaian dengan keperluan anda.

Akibatnya anda membayar caruman bertahun tahun tanpa mengetahui apa yang diambil dan boleh menyebabkan kerugian puluhan ribu ringgit.

5. Minta Kawan Syorkan Ejen Yang Mereka Percayai

– Ramai yang bertuah mempunyai ejen takaful yang cekap dan boleh dipercayai.

Jadi jangan segan bertanya, mungkin mereka dapat rekomen seseorang.

Kalau ada yang sudah rekomenkan ejen mereka kepada anda, jangan pula terus saja ambil mereka sebagai ejen tanpa usul periksa.

Masih perlu siasat. Tanya bagaimana mereka kenal ejen mereka serta bagaimana mutu perkhidmatan mereka.

6. Survey Dahulu Testimoni Dan Ulasan

– Kita sering melihat posting berbentuk testimoni kawan-kawan kita di Facebook mengenai sesuatu perkhidmatan atau produk.

Mereka yang baik hati akan berbuat demikian kepada ejen takaful mereka di Facebook.

– Rajin-rajinlah tengok posting dekat Facebook tu ya.

Nak lagi cepat taip #Takaful dekat ruangan carian atas tu.

– Cara lain untuk dapatkan ejen yang bagus melalui testimoni pelanggan.

Dengan cara ini, lebih senang untuk cari ejen takaful yang memang bermutu tinggi brdasarkan pengalaman sebenar.

7. Jenis Salesman

– Nak tahu ejen yang menyediakan perkhidmatan bermutu tinggi, pastikan mereka jenis salesman atau bukan.

Jenis salesman senang nak kenal.

Mereka bersungguh untuk mempromosikan produk mereka tanpa memahami keperluan anda dengan jelas.

– Ejen yang bagus mengutamakan keperluan dan kehendak pelanggan, bukan komisen mereka.

Untuk memahami keperluan pelanggan, mereka perlu banyak bertanya tentang situasi pelanggan sebelum dapat mengesyorkan produk yang sesuai.

– Pastikan anda dan ejen faham setiap jumlah perlindungan dalam quotation yg dicadangkan.

Pastikan setiap nilai dalam quotation dijelaskan sebab musabahnya.

8. Berkemahiran Dalam Berinteraksi

– Biasanya hubungan kita sebagai pelanggan dengan ejen kita adalah berjangka-masa panjang.

Jadi perlulah pandai memilih ejen.

Seeloknya biarlah beliau seorang yang menyenangkan hati, yang penyabar dalam menangani soalan-soalan kita dan kerenah kita sebagai pelanggan.

– Tapi jangan lah pulak kita ambil kesempatan ke atas sifat baik ejen ni.

Sesetengah dari mereka memang banyak berkorban untuk pelanggan mereka.

9. Menjual Takaful Yang Diperlukan Oleh Pelanggan

– Ejen yang dipercayai hanya akan menjual kepada pelanggan mereka, pelan takaful yang diperlukan oleh pelanggan.

Ejen ini tidak akan memujuk pelanggan membeli sebarang pelan takaful yang tidak diperlukan.

– Ejen yang tidak jujur akan cuba menjual sebanyak mungkin produk takaful yang mahal

Mereka akan memujuk pelanggan mereka membeli pelan takaful mahal, yang tidak diperlukan oleh pelanggan.

Ejen takaful seperti ini mengutamakan keuntungan peribadi kerana penjualan produk tersebut menawarkan komisen yang lebih tinggi kepada mereka.

Elakkan Diri Anda Daripada Ejen Ejen Seperti Ini :-

• Ejen yang menjanjikan bulan dan bintang. Semua benda dia kata boleh claim
• Ejen bawa lari duit caruman peserta. (Elakkan memberi cash kepada ejen)
• Ejen lost contact menyebabkan pelanggan rasa ditipu
• Ejen lambat layan pelanggan untuk buat caruman dan tuntutan

Pesanan kepada pembeli dan bakal pencarum takaful, industri ini semakin dinamik dan saingan semakin sengit.

Sekiranya mereka tidak memberikan mutu perkhidmatan yang terbaik, anda tidak akan kerugian, mereka yang akan kerugian.

Inilah sebab mengapa ia sangat penting untuk memilih ejen takaful yang betul, yang anda boleh percayai.
cara pilih agent takaful terbaik