Ejen Takaful

Takaful merupakan satu pelan yang memainkan peranan penting dalam kehidupan kita sekarang.

Ini kerana, kemalangan, kematian, kerugian harta benda dan banyak lagi perkara yang tidak diingini boleh terjadi pada bila bila masa dan dimana sahaja.

Bagi pendapat saya, kesedaran tentang perlindungan takaful untuk masa depan diri sendiri dan keluarga juga sangat penting.

Tapi bagaimana cara untuk memilih pelan takaful mana yang terbaik? Mari kita rungkaikan.

Apa Itu Takaful?

Takaful bermaksud suatu persetujuan yang berdasarkan kepada pertolongan bersama di mana peserta-peserta Takaful bersetuju untuk menyumbang ke dalam suatu dana yang akan memberi manfaat kewangan yang akan dibayar kepada peserta-peserta Takaful atau kepada waris mereka sekiranya berlaku perkara-perkara yang telah dipersetujui terlebih dahulu.

Takaful adalah konsep insurans Islam yang mematuhi etika dan ketelusan garis panduan Syariah yang melarang ketidakpastian (Gharar), perjudian (Maisir) dan faedah (Riba).

Perkataan Takaful berasal dari perkataan Arab “Kafala” yang bermaksud untuk menjamin, untuk membantu atau untuk menjaga keperluan sesama insan.

Setiap peserta yang dilindungi menyumbang atas dasar Tabarru` (sumbangan) ke dalam dana yang akan digunakan untuk membantu semasa diperlukan.

cara pilih pelan takaful terbaik

JENIS JENIS PERLINDUNGAN INSURAN DIBAWAH TAKAFUL

Syarikat insuran di malaysia secara am nya terbahagi kepada dua kategori iaitu produk takaful keluarga dan produk takaful am.

Takaful Keluarga

Insuran Kesihatan

Takaful perubatan dan kesihatan boleh memberi perlindungan sekiranya anda harus membayar kos rawatan persendirian seperti kos hospital dan penjagaan kesihatan.

Takaful kesihatan bukan sahaja melindungi diri anda, tetapi ahli keluarga anda juga mendapat manfaatnya tetapi ia berdasarkan pelan takaful yang anda pilih.

Takaful Am

Insuran Nyawa

Insurans nyawa ini akan memberi perlindungan dan menanggung diri dan nyawa anda sekiranya berlaku risiko kematian, ketidakupayaan dan kesakitan sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital.

Tujuan seseorang itu mengambil insurans nyawa di bawah takaful adalah supaya waris anda mendapat hibah dalam nilai yang banyak.

Insuran Kenderaan (Insurans Takaful Kereta Dan Motosikal)

Takaful pihak ketiga akan melindungi diri anda daripada tuntutan pihak ketiga yang berpunca daripada kemalangan, kecurian atau kebakaran serta kerosakan harta benda pihak ketiga,.

Insuran Rumah

Takaful rumah akan melindungi rumah anda daripada kerosakan dan kerugian sekiranya berlaku kebakaran, kerugian yang disebabkan banjir atau disebabkan bencana lain.

Takaful isi rumah pula melindungi barangan rumah anda seperti perabot, peralatan elektrik daripada kerosakan.

cara pilih pelan takaful terbaik

TIPS CARA MEMILIH PELAN TAKAFUL TERBAIK

cara pilih pelan takaful terbaik

1. Selidik Ejen Berdaftar Dibawah MTA (MALAYSIAN TAKAFUL ASSOCIATION)

– Semua syarikat takaful mestilah mendaftarkan MTA untuk semua ejen ejen dibawah perkhidmatan takaful sebelum menjual produk takaful.

Peranan anda sebagai pembeli mestilah selidik dahulu sama ada ejen anda berdaftar dibawah MTA ataupun tidak bagi mengelakkan penipuan.

Nada boleh menyemak status pendaftaran MTA ejen itu di laman web rasmi MTA atau menyemak senarai penuh syarikat takaful berlesen di Malaysia di laman web bank negara Malaysia.

2. Keperluan Setiap Perlindungan

– Setiap orang memiliki keperluan yang berbeza untuk memilih pelan insuran, jadi anda harus mengenalpasti keperluan perlindungan setiap orang dan diri anda sendiri.

Anda disarankan untuk mengambil jumlah perlindungan 10 kali ganda daripada pendapatan tahunan anda seperti yang dinyatakan oleh Persatuan Insuran Hayat Malaysia (Life Insurance Association Of Malaysia, LIAM).

– Sebagai contoh, jika pendapatan tahunan anda sebanyak rm40,000, maka anda harus mengambil jumlah perlindungan sebanyak rm300,000.

Sebelum anda mengambil sebarang insuran takaful, anda harus membuat kira kira berapakah jumlah perlindugan yang anda perlukan.

Ianya juga memudahkan urusan anda untuk menyuarakan kepada ejen insuran takaful anda nanti.

3. Pilih Manfaat Dari Risiko Yang Anda Ingin Lindungi

– sekiranya anda ingin dapatkan perlindungan takaful, anda harus memastikan semua manfaat asas dilindungi oleh takaful tersebut.

Sebagai contoh seperti kematian, kecacatan, penyakit kritikal dan kerosakan harta benda.

Tapi, bukan mudah utuk mencari satu pelan yang boleh melindungi semua manfaat asas anda.

– Jadi anda harus bijak memilih pelan yang boleh tolong beri perlindungan untuk manfaat asas, sebagai contoh untuk dapat manfaat kematian, anda boleh ambil pelan insurans takaful hayat dan keluarga.

Bukan itu sahaja, kalau anda ingin menambah perlindungan tambahan, korang boleh pertimbangkan manfaat seperti simpanan, pelaburan dan lain-lain.

4. Tetapkan Bajet Bulanan

– Jika anda masih ada banyak tanggungan dan belum mampu untuk mencapai nilai 10 kali ganda daripada jumlah gaji tahunan seperti yang dinyatakan oleh pakar kewangan, anda disarankan untuk tidak memaksa diri agar tidak membebankan anda kelak untuk membayarnya.

– Adalah lebih baik jika anda mengambil jumlah yang mampu bayar. Seeloknya ialah 10% dari gaji anda.

Polisi caruman ini boleh sentiasa diperbaharui dari semasa ke semasa.

Elakkan juga untuk mengambil pelan yang terlalu murah kerana ia mungkin mempunyai unsur penipuan dan mengelakkan kesukaran untuk anda “claim” nanti.

5. Pilih Ejen Yang Bagus

– Semua syarikat insuran takaful memiliki servis yang boleh dikatakan bagus kerana mempunyai kestabilan kewangan.

Tapi apakah anda berdaftar dengan ejen yang benar benar jelas memberikan penerangan tentang segala maklumat dan memaklumkan fakta yang penting dalam polisi tersebut? Mungkin ada diantaranya Cuma “baik” semasa memujuk kita untuk mengambil servis mereka sahaja.

Selepas kita dah menjadi klien mereka, terus tiada follow up, tak angkat call dan ada juga kes ejen bawa lari duit kita! Itulah pentingnya dalam mencari dan memilih ejen yang bagus.

6. Semak & Double Confirm Segala Maklumat

– Selain dari memilih ejen yang bagus, anda harus menyemak semula segala maklumat sebelum membuat sebarang pembayaran.

Elakkan dari menandatangani borang permohonan, borang tuntutan yang kosong atau apa apa perjanjian sebelum membacanya sehingga habis. Wajib double check!

7. Fahamkan Polisi Secara Menyeluruh

– Bagi kita yang tak biasa dengan istilah kewangan, memang susah sikit nak fahamkan semuanya.

Jadi, tak perlu terburu-buru dan belajar sedikit sebanyak perkataan-perkataan yang biasa digunakan.

Boleh gunakan Google, buku kewangan, pamphlet yang diberikan atau tanya melalui rakan-rakan. Jangan malas tau!

8. Jangan Malu Bertanya

– Kalau ada sebarang perkara yang tak jelas atau tak tahu, bertanyalah.

Jangan anggap ianya remeh. Paling penting, mesti fokus pada apa yang perlukan dan bukan apa yang ejen tawarkan.

Jadi, korang tiada lagi alasan untuk tidak mengambil sebarang perlindungan kerana sudah banyak syarikat takaful yang terdapat di Malaysia.

Syarikat Takaful berperanan sebagai alternatif lain untuk korang menjauhi insurans konvensional yang mempunyai unsur riba, maisir dan gharar.

Untuk pengetahuan korang, Sistem Takaful bukan sahaja memberi manfaat kepada umat islam (muslim) tetapi juga memberi manfaat kepada semua ahlinya tanpa mengira agama yang mereka anuti.