Ejen Takaful

Hibah takaful untuk keluarga
Hibah merupakan perbuatan memberi dan merujuk kepada pemindahan hak milik sesuatu yang khusus daripada seorang penderma (Wahib) kepada seorang penerima (Mawhub lahu) tanpa mengenakan sebarang syarat.

Menurut Jadual 10 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, sebagai peserta takaful, anda boleh menamakan seorang individu untuk menerima manfaat takaful anda sebagai pelaksana atau sebagai benefisiari di bawah hibah bersyarat selepas anda meninggal dunia.

Pilihan untuk menamakan benefisiari melalui hibah bersyarat adalah satu peruntukan istimewa untuk memastikan orang tersayang anda menerima manfaat anda tanpa perlu melalui prosedur pewarisan yang berpanjangan atau menunggu untuk harta diagihkan sebagai sebahagian daripada harta pusaka anda di samping aset-aset anda yang lain.

Hibah takaful untuk keluarga
KELEBIHAN HIBAH BERSYARAT DALAM TAKAFUL

Apabila anda menamakan benefisiari di bawah hibah bersyarat, manfaat kematian takaful anda akan dikecualikan daripada faraid secara automatik (pembahagian aset dan harta pusaka menurut undang-undang perwarisan Islam) selepas anda meninggal dunia.

Proses ini boleh menjadi proses yang merumitkan dan memakan masa yang lama untuk dilaksanakan.

Dengan menamakan benefisiari, anda boleh memastikan orang tersayang menerima manfaat sijil takaful anda tanpa perlu melalui prosedur pewarisan yang panjang.

Walau bagaimanapun, di bawah hibah bersyarat, anda boleh menjadikan mereka sebagai penerima manfaat kematian sijil takaful anda yang akan mengecualikan manfaat-manfaat yang sama itu daripada pengagihan harta pusaka anda.

Ini memberikan akses langsung kepada penama untuk mengakses manfaat kematian anda dan membenarkan mereka untuk menggunakan dana tersebut menurut budi bicara mereka.

Secara alternatifnya, anda juga boleh menyerahkan hibah anda kepada pelaksana, yang kemudian bertanggungjawab untuk mengagihkan manfaat kematian takaful anda menurut faraid.

Meninggalkan hibah kepada keluarga anda boleh memberi anda ketenangan minda, khususnya mengetahui bahawa orang tersayang anda akan dijaga dan tidak akan mengalami masalah kewangan kerana pemergian anda.

Keluarga anda juga, akan berasa bersyukur kerana mempunyai penimbal kewangan untuk menampung kehidupan mereka semasa mereka kembali menjadi stabil.

Hibah takaful untuk keluarga
Apabila anda sudah berkeluarga, segala perspektif terhadap kehidupan anda turut mula berubah.

Mahu atau tidak, kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan ahli keluarga anda menjadi prioriti yang paling utama.

Jika anda sedang mencari produk takaful perlindungan pendapatan bagi memastikan situasi keluarga anda terjamin, pelan takaful keluarga yang pihak takaful tawarkan mungkin jawapan kepada pencarian anda.

Sesetengah orang memilih untuk mengambil insuran komersial untuk melindungi keluarga mereka, tapi tahukah anda, takaful keluarga memberi lebih banyak manfaat dan juga peluang untuk anda membuat pelaburan bagi mengukuhkan kedudukan kewangan keluarga anda.

MENGAPA ANDA PERLU HIBAH TAKAFUL UNTUK KELUARGA?

Mencarum takaful buat keluarga anda mempunyai pelbagai kelebihan.

Pertama sekali, kewangan anda dan keluarga akan lebih terjaga.

Dengan sedikit komitmen kewangan bulanan yang anda gunakan untuk caruman takaful akan dapat memastikan yang anda sekeluarga akan lebih bersedia untuk menghadapi apa saja kemungkinan termasuk penghospitalan, pembelanjaan pendidikan anak-anak mahupun ibadat umrah dan haji.

Kedua, pelan takaful adalah fleksibel. Jiika anda risau jika tanggungan anda semakin bertambah hingga memerlukan anda mengambil pelan takaful yang baharu, pelan Takaful keluarga yang takaful tawarkan tidak akan membuat anda berasa tertekan.

Pelan takaful keluarga yang komprehensif juga ada menawarkan takaful perlindungan pendapatan dan hibah takaful buat keluarga anda jika terjadinya sesuatu perkara yang tidak diingini.

Dapatkan takaful untuk melindungi bukan sahaja keluarga anda, tetapi juga demi kesejahteraan masa hadapan anda semua.

TAKAFUL KELUARGA

Ini merupakan panduan sebagai pengenalan untuk membantu anda memahami takaful keluarga.

Ia memberikan maklumat asas supaya anda boleh mengajukan soalan yang betul dan memahami jawapan yang diberikan oleh pengendali takaful serta membuat keputusan yang tepat sebelum menyertai sesuatu pelan takaful.

Apakah takaful keluarga? Takaful keluarga memberikan anda perlindungan serta memperoleh simpanan jangka panjang.

Anda atau waris anda akan mendapat manfaat dalam bentuk kewangan jika anda ditimpa kemalangan.

Pada masa yang sama, anda akan menikmati simpanan persendirian jangka panjang kerana sebahagian daripada caruman anda akan didepositkan ke dalam sebuah akaun untuk tujuan simpanan.

Anda akan menikmati pulangan pelaburan daripada caruman simpanan berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui.

Jika anda menyertai takaful keluarga, anda layak untuk mendapat pelepasan cukai perseorangan seperti insurans nyawa.

Amaun maksimum bagi pelepasan takaful keluarga biasa ialah RM5,000 setahun setelah ditolak caruman yang dibayar kepada skim faedah saraan, seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Bagi pelan perubatan dan pelajaran, pelepasan cukai ialah RM3,000 setahun.

Konsep takaful dan takaful keluarga Apabila anda menyertai takaful keluarga, anda akan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful.

Anda akan memeterai perjanjian (aqad) bagi sebahagian daripada caruman anda sebagai caruman penyertaan (tabarru’) dan sebahagian lagi sebagai simpanan dan pelaburan.

Caruman anda dalam bentuk tabarru’ akan dimasukkan ke dalam sebuah dana (Akaun Khas Peserta atau AKP) yang akan digunakan untuk memenuhi tanggungjawab anda dalam saling membantu sekiranya salah seorang peserta ditimpa musibah seperti kematian atau hilang upaya kekal.

Jika anda masih hidup sehingga tarikh matang pelan tersebut, anda layak untuk berkongsi lebihan bersih daripada dana itu, jika ada.

Pengendali takaful akan melaburkan caruman simpanan dan pelaburan anda (Akaun Peserta atau AP) dan keuntungan akan dikongsi antara anda dan pengendali takaful berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui.

Jenis perlindungan Takaful keluarga boleh dibahagikan seperti berikut :

Hibah takaful untuk keluarga
Takaful keluarga individu (perseorangan) – Ini termasuk pelan pelajaran, gadai janji, kesihatan dan ‘rider’.

Anda akan menerima manfaat kewangan jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal, serta simpanan jangka panjang (pelaburan) dan keuntungan pelaburan yang akan diberikan sekiranya dituntut, matang atau serahan awal.

Takaful keluarga berkumpulan (majikan, kelab, persatuan dan kesatuan) – Ini termasuk pelan pelajaran berkumpulan, perubatan berkumpulan, kesihatan dan ‘rider’.

Jumlah minimum peserta dikehendaki untuk layak memasuki pelan ini.

Anda akan mendapat perlindungan dalam bentuk manfaat kewangan sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Takaful keluarga ‘rider’ – merupakan tambahan kepada pelan takaful keluarga asas.

‘Rider’ memberi perlindungan sekiranya berlaku kemalangan diri dan hilang upaya, perubatan dan kesihatan.

Manfaat di bawah takaful keluarga Sekiranya anda meninggal dunia sebelum pelan takaful anda matang, pengendali takaful akan membayar kepada penama (wasi) anda, manfaat-manfaat berikut:

Daripada AP anda Amaun yang telah terkumpul di dalam AP anda serta keuntungan pelaburannya dari tarikh penerimaan pelan takaful hingga tarikh pembayaran sebelum kematian.

Daripada AKP anda Jumlah perlindungan risiko atau tabarru’.

Jika anda masih hidup sehingga tarikh matang, anda layak untuk menerima manfaat manfaat daripada AP anda Amaun yang telah terkumpul di dalam AP anda serta keuntungan pelaburannya.

Daripada AKP anda Lebihan bersih yang diperuntukkan kepada anda, jika ada.

Terma dan syarat utama Mustahak bagi anda memahami terma-terma yang digunakan dalam takaful keluarga.

Jika anda tidak pasti dengan maksud sesuatu terma itu, anda hendaklah bertanya kepada ejen anda atau pengendali takaful.

Pihak insuran takaful menyediakan pelbagai penyelesaian yang memberikan anda sekeluarga perlindungan yang paling sesuai untuk keperluan yang berbeza.

Takaful keluarga yang komprehensif termasuk takaful perlindungan pendapatan mampu memberikan anda perlindungan yang diperlukan di saat-saat getir.

Lihat katalog pelan takaful mereka dan boleh pilih yang paling sesuai buat keluarga anda.

KELEBIHAN TAKAFUL UNTUK KELUARGA

• Lindungi orang tersayang anda daripada perkara yang tidak diduga
• Lindungi orang tersayang anda daripada kehidupan yang penuh dengan perkara tidak diduga walaupun anda tidak berada di sisi mereka.
• Penuhkan impian orang tersayang anda
• Membina ke arah matlamat orang tersayang anda dengan menyediakan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak dan melabur untuk aspirasi kehidupan mereka.
• Lunaskan hutang anda dan keluarga anda
• Capai status bebas hutang agar anda boleh memberi tumpuan untuk mencapai aspirasi hidup bersama orang tersayang anda

BAGAIMANA MEMBUAT ADUAN DAN SALURAN PENYELESAIAN YANG TERSEDIA

Sekiranya anda mempunyai aduan tentang produk atau perkhidmatan pengendali takaful atau anda tidak berpuas hati dengan penolakan atau tawaran penyelesaian tuntutan, anda hendaklah terlebih dahulu menyelesaikan aduan itu dengan Unit Aduan pengendali takaful berkenaan.

Sekiranya anda masih tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah dicapai, anda boleh menulis sama ada kepada Biro Pengantaraan Kewangan (FMB) atau Bank Negara Malaysia yang akan mengendalikan aduan anda secara percuma.

Anda mungkin ingin merujuk kepada pegawai di Unit Aduan pengendali takaful mengenai saluran yang betul untuk mengendalikan aduan anda.

Sekiranya anda ingin mengemukakan aduan anda kepada FMB, ianya hendaklah dibuat dalam tempoh enam bulan dari tarikh keputusan muktamad pengendali takaful.

FMB mengendalikan pertikaian di antara pihak menuntut dan pengendali takafulnya sendiri atau pengendali takaful pihak ketiga.

FMB merupakan sebuah badan bebas yang menyediakan saluran pengendalian aduan yang cepat, mudah dan cekap bagi pengguna membuat aduan atau menyelesaikan pertikaian mereka sebagai alternatif kepada mahkamah.

Hibah takaful untuk keluarga