fbpx

Ejen Takaful

Pilihan No. 1 Orang Keningau

Ejen Takaful Keningau

Hai! Nama saya Sumiati, Ejen Takaful Keningau berdaftar dibawah FWD Takaful yang sah.

Saya mempunyai pengalaman lebih 5 tahun dalam bidang takaful di Malaysia.

Sehingga kini, saya telah berjaya membantu ribuan prospek untuk memiliki pelan takaful terbaik untuk keluarga mereka.

Seluruh proses penerangan dan pendaftaran akan dibantu sepenuhnya oleh saya. 

Hubungi saya sekarang untuk sebarang pertanyaan mengenai takaful.

Ejen Takaful Keningau

Memberikan Yang Terbaik
Untuk Anda & Keluarga Anda

0 +
Tahun Pengalaman
0 +
PROSPEK
0 +
KES TELAH DIBANTU
0 %
Perlindungan

Pelan Takaful Pilihan No.1 Rakyat Malaysia

PELAN TAKAFUL
YANG SAYA TAWARKAN

Medical Card

Insuran Kemalangan

Hibah

Simpanan

Insuran Kematian

Pelaburan

Kepentingan Medical Card

6 Sebab Anda Perlu Ada Medical Card Dengan Segera!

ejen takaful medical card

Setiap hari kes Covid di Malaysia SEMAKIN MENINGKAT! Hospital-hospital kerajaan pula sudah tidak mampu menampung jumlah bilangan pesakit Covid. Apakah pilihan yang anda ada? HOSPITAL SWASTA adalah pilihan yang anda ada!

Pernah dengar MALANG TIDAK BERBAU? Belum ada cara lagi untuk meramal bilakah masanya anda akan ditimpa musibah. Sebaiknya anda bersedia dari SEKARANG.

Tidak dinafikan hospital kerajaan sangat bagus, tetapi ianya SANGAT PADAT dengan pesakit-pesakit lain. Adakah anda suka dengan kesesakan ketika anda sedang sakit dan perlu menunggu untuk dirawat berjam-jam lamanya? Pastinya TIDAK bukan?

Sangat bagus memiliki simpanan untuk masa hadapan. Adakah anda suka keluarkan duit simpanan anda semata-mata untuk MEMBAYAR bil rawatan di hospital berpuluh-puluh ribu? pastinya TIDAK!

Anda tahu berapa kos untuk merawat penyakit kanser? Ramai orang TERPAKSA MEMBUAT PINJAMAN dengan bank untuk membiayai kos rawatan yang menelan RATUSAN RIBU ringgit. Anda nak buat pinjaman bank dan mahu menanggung hutang bank pula? Makin bertambah bebanan anda..

Mengumpul aset dan harta bukanlah suatu perkara yang mudah! Pastinya anda juga tidak mahu ASET-ASET DAN HARTA BENDA TERGADAI semata-mata untuk membiayai kos rawatan di hospital.

Kepentingan Hibah Takaful

Pernahkah Terfikir, Kenapa Anda Perlu Ambil HIBAH?

Sekiranya anda ditakdirkan jatuh sakit, sudah tentu pekerjaan anda akan terjejas. Secara tidak lansung, pendapatan anda juga akan turut sama terjejas!

Jadi, apakah yang anda perlu lakukan? Anda perlu ambil Hibah untuk diri anda. Apabila anda jatuh sakit terutama disebabkan oleh penyakit kritikal seperti kanser, anda akan mendapat sejumlah wang pampasan untuk anda ‘survive’ dan meneruskan kehidupan walaupun pendapatan anda sudah tiada dan terjejas.

Jika anda ditakdirkan meninggal dunia, sudah tentu keluarga anda akan kehilangan punca pendapatan utama. Kehidupan keluarga anda akan terjejas dan pasti mereka akan hidup susah.

Segala aset yang anda ada juga akan dibekukan dan proses tuntutan serta pembahagian harta pusaka kepada keluarga anda juga akan mengambil masa yang sangat lama. Bukan itu sahaja, ianya akan menelan kos yang sangat tinggi.

Jadi, apakah penyelesaiannya? Anda perlu sediakan hibah keluarga untuk isteri dan anak-anak anda. Ianya akan membantu mereka ‘survive’ dan meneruskan kehidupan dengan sempurna selepas pemergian anda.

Sesiapa saja berpotensi untuk memiliki hutang dan pinjaman daripada Bank. Contohnya Loan Rumah, Loan Kereta dll. Pernahkah anda terfikir, apakah yang akan terjadi kepada hutang dan pinjaman tersebut sekiranya anda ditakdirkan jatuh sakit?Adakah anda masih mampu untuk meneruskan bayaran balik pinjaman setelah pendapatan anda terjejas?

Atau anda ingin melihat keluarga anda terpaksa bekerja keras dan bersusah payah untuk meneruskan bayaran balik pinjaman bagi pihak anda?

Oleh sebab itu, Hibah boleh menjadi pengganti pendapatan anda dan keluarga. Segala hutang dan pinjaman pasti akan dapat diuruskan dan diselesaikan dengan baik dengan adanya Hibah.

Anda mampu untuk hidup selesa seperti sekarang kerana pendapatan anda tidak terjejas. Tapi anda perlu ingat bahawa malang tidak berbau. Pendapatan anda boleh hilang dalam sekelip mata. Jadi, apakah persediaan anda?

Segala simpanan anda pasti akan terhakis sedikit demi sedikit kerana ingin menampung perbelanjaan harian keluarga. Soalnya, selama mana ianya mampu bertahan? 

Sebab itu anda perlukan Hibah. Hibah boleh membantu mengekalkan gaya hidup anda dan keluarga sekiranya berlaku perkara yg tidak diingini ke atas diri anda.

Mengumpul aset seperti rumah, tanah, simpanan dan pelaburan bukanlah suatu perkara yang mudah. Sudah pasti anda tidak mahu segalanya hilang dek kerana tiada perancangan yang rapi untuk melindungi aset-aset anda. 

Hibah takaful adalah instrumen paling tepat untuk melindungi aset-aset anda.

“Tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang meminta-minta” pernahkah anda dengar kenyataan ini?

Cuba anda renungkan sebentar, bolehkah anda menamakan 5 orang yang diyakini boleh menghulurkan bantuan yang berterusan kepada keluarga anda sekiranya anda terlebih dahulu pergi meninggalkan keluarga tersayang?

Jika tiada, maka Hibah takaful adalah jawapannya!

Masih Tidak Nampak Kepentingan Takaful?
Dengarkan Rakaman Di Bawah!

Apa Kata Pelanggan Saya

Servis tip top! Urusan pun cepat lulus! Banyak saranan dan maklumat jugak! Saya bagi 5 star!

Encik Hashim

Terima kasih banyak2 diatas servis terbaik. Saya sangat berpuashati dengan urusan EjenTakaful di web EjenTakaful.com ini

Puan Aminah

Servis tip top! Urusan pun cepat lulus! Banyak saranan dan maklumat jugak! Saya bagi 5 star!

Encik Khairul

Alhamdulillah… Walaupun melalui online sahaja.. tapi sangat memuaskan hati.. urusan perbincangan sangat mudah…

Cikgu Hannani

    Dapatkan Konsultasi Percuma Hari Ini

    Dapatkan Quotation PERCUMA hari ini &
    Dapatkan Perlindungan Covid Secara PERCUMA!

    Ejen Takaful Keningau

    Perlukan Info Lanjut?

    Isi borang di bawah  atau hubungi saya untuk saya bantu anda...