Ejen Takaful

SEBAB TUNTUTAN TAKAFUL ANDA DITOLAK
Antara sebab rakyat Malaysia dapatkan perlindungan Takaful ialah supaya anda dan keluarga dilindungi dari beban kos perubatan tinggi jika musibah melanda.

Tetapi untuk dapatkan manfaat sepenuhnya dari pelan Takaful, anda harus memahami sebab utama tuntutan Takaful boleh ditolak.

Sebenarnya, proses tuntutan takaful mempunyai syarat-syarat dan kelayakan untuk anda claim semula berdasarkan polisi yang telah ditawarkan.

Syarat-syarat tersebut bergantung kepada jenis insurans yang anda sertai.

Adakalanya ejen juga tidak menerangkan secara terperinci kepada kita.

“Saya nak buat tuntutan insurans untuk bayar kos rawatan hospital, tetapi kenapa ditolak?” Sakitnya hati kalau tiba-tiba situasi seperti di atas ini berlaku pada diri sendiri kan?

Sudahlah penat menanggung kesakitan, kemudian hati pula bagai ‘dirobek’ selepas cubaan untuk membuat tuntutan insurans ditolak.

SEBAB TUNTUTAN TAKAFUL ANDA DITOLAK
Pasti anda pernah mendengar aduan-aduan tentang syarikat takaful/insurans yang tidak membayar tuntutan sepertimana yang telah dijanjikan.

Tidak keterlaluan jika dikatakan perkara ini adalah salah satu sebab mengapa kadar penembusan takaful di kalangan rakyat Malaysia hanyalah sekitar 15% sahaja, dan kebanyakannya adalah under-insured.

Sesetengah orang menyangka proses membuat tuntutan adalah rumit dan sukar untuk diluluskan.

Jika diteliti, hampir kesemua kes aduan ini adalah disebabkan peserta tidak memahami polisi mereka sendiri.

Percaya atau tidak, ramai peserta takaful tidak pernah membaca polisi mereka.

Mereka bergantung 100% kepada agent yang mana kadang-kadang agent pun tidak menerangkan kesemuanya.

Industri takaful dan insurans adalah dikawal sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia.

Syarikat takaful tidak boleh sesuka hati menolak claim jika ia dinyatakan dalam polisi dan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.

Polisi takaful adalah satu kontrak yang dipersetujui antara syarikat takaful dan pemegang polisi.

Pada entri kali ini, saya akan kongsikan alasan atau sebab sebab syarikat takaful menolak tuntutan pampasan yang anda kemukakan.

Mungkin selepas ini, kita tahu sebab-sebab tuntutan ditolak dan bersiap-sedia untuk memudahkan urusan claim takaful kita.

    1. TIDAK MEMAHAMI TERMA DAN SYARAT PERLINDUNGAN

  • Setiap pelan perlindungan takaful tidak sama, ianya bergantung kepada jenis pelan dan syarikat takaful tersebut. Amat penting untuk kita ketahui terma dan syarat perlindungan takaful yang kita sertai.
  • Baca sehingga faham dan tanya kepada ejen jika ada kekeliruan atau keraguan terhadap sesuatu. Kita juga perlu memahami perbezaan di antara pelan penyakit kritikal dan pelan perubatan.
  • Bagi pelan perubatan, perlindungan adalah untuk situasi kecemasan yang memerlukan pesakit dimasukkan ke hospital. Pelan ini akan menanggung kos sepanjang pesakit di wad serta rawatan yang diperlukan.
  • Pelan penyakit kritikal pula akan memberikan pemegang bayaran sekaligus berdasarkan peratus didalam kontrak jika pemegang pelan didiagnosis dengan penyakit kritikal.Sebelum memohon mana pelan Takaful, pastikan anda dapatkan penjelasan dari ejen Takaful mengenai perlindungan yang ditawarkan oleh pelan tersebut.SEBAB TUNTUTAN TAKAFUL ANDA DITOLAK 2. TIDAK MENGESAHKAN PENYAKIT SEDIA ADA
  • Ketika proses anda untuk mendapatkan perlindungan insurans perubatan sebelum ini, anda pastinya sudah diminta untuk membuat pengesahan mengenai penyakit sedia ada anda.
  • Ingat, jangan sesekali cuba menyembunyikan penyakit anda tidak kiralah sama ada kritikal mahupun tidak. Anda perlu tahu bahawa pihak insurans mahupun Takaful boleh mendapatkan laporan perubatan daripada jabatan tuntutan yang akan melakukan siasatan apabila permohonan tuntutan anda dibuat.
  • Sekiranya permohonan tuntutan yang dibuat itu adalah untuk penyakit sedia ada yang tidak diisytiharkan anda sebelum ini, maka sudah semestinya tuntutan anda akan ditolak. Jadi, jangan cuba sembunyikan penyakit anda dan berlakulah jujur.

 

       3.TUNTUTAN DIBUAT DALAM TEMPOH MENUNGGU

  • Majority syarikat insuran meletakkan tempoh untuk menunggu sehingga 120 hari bagi penyakit tertentu seperti darah tinggi, kencing manis, cyst, kanser dan banyak lagi . Tempoh menunggu atau disebut juga sebagai waiting period ini dikenakan khusus kepada pencarum atau individu yang baru membeli insurans perubatan.
  • Ini bermakna sepanjang tempoh ini (iaitu dari tarikh polisi diaktifkan), anda tidak boleh menggunakan kad perubatan sekiranya dimasukkan ke hospital. Sekiranya anda membuat juga tuntutan, pastilah ia akan ditolak oleh syarikat insurans.
  • Namun, lain kisahnya jika anda terlibat dalam kemalangan. Tempoh menunggu tidak akan dikenakan dan anda boleh menggunakan kad perubatan dengan serta-merta.
  • Tips untuk anda. Perkara penting yang anda perlu tahu sekarang nie adalah, waiting period untuk penyakit-penyakit spesifik adalah 120 hari bermula dari tarikh polisi berkuatkuasa.

• Senarai penyakit spesifik adalah seperti berikut ;

o Serangan Penyakit Jantung
o Trauma Kepala Utama
o Strok
o Kanser
o Kegagalan Ginjal(Buah pinggang)
o Pemindahan Organ Utama
o Penyakit Lumpuh
o Sklerosis
o Hepatitis virus fulminan
o Koma
o Buta
o Penggantian injap jantung
o Kehilangan Tangan dan Kaki
o Pembedahan Aorta
o  Alzheimer
o Hilang pendengaran
o Hilang Kebolehan Bertutur
o Kebakaran Parah
o Penyakit terminal
o AIDS akibat transfusi darah
o Penyakit motor neuron
o Parkinson
o Penyakit Hati yang kronik
o Penyakit paru-paru yang kronik
o Anemia Aplastik
o Distrofi otot
o Poliomeilitis
o Meningitis Bakteria
o Tumor Otak Benigna
o Ensefalitis
o Full Blown AIDS
o Sindrom Apalik
o Pembedahan Otak
o Penyakit koronari yang kronik
o Penyakit koronari yang memerlukan pembedahan
o Hipertensi arteri pulmonary

4. PELAN ANDA TELAH LUPUT

  • Anda mungkin terlupa untuk membuat bayaran bulanan, dan ini akan menyebabkan pelan tersebut luput. Oleh sebab itu, apabila anda ingin membuat tuntutan, ia akan ditolak kerana anda sudah tidak berada dibawah perlindungan Takaful tersebut.
  • Untuk mengelakkan situasi ini berlaku, pastikan anda boleh dihubungi ejen Takaful kerana mereka bertanggungjawab untuk menghantar peringatan sekiranya pelan Takaful anda hampir luput. Pastikan nombor telefon serta maklumat lain anda dikemaskini seperti e-mel dan alamat supaya anda boleh dihubungi.
  • Sudah menjadi tanggungjawab ejen untuk mengingatkan kita membuat bayaran bulanan. Jika tidak membuat bayaran, pelan takaful kita akan luput dalam tempoh tertentu.
    SEBAB TUNTUTAN TAKAFUL ANDA DITOLAK
    5. MAKLUMAT DIRI TIDAK CUKUP DAN LENGKAP
  • Untuk membuat tuntutan, anda tidak bolehlah tergopoh-gopoh sehingga gagal memberikan maklumat yang lengkap.
  • Sekiranya ia berlaku, permohonan anda akan ditolak oleh syarikat insurans dan ia mungkin akan melambatkan lagi proses anda untuk membuat tuntutan insurans.
  • Jadi, pastikan anda isi dan berikan semua maklumat dengan betul dan lengkap bagi melancarkan proses tuntutan insurans anda.

       6. TERLEPAS PEMBAYARAN (LAPSE PAYMENT)

  • Manfaat dan pampasan dalam setiap produk takaful hanya boleh dinikmati sama ada untuk diri sendiri atau waris berdaftar sekiranya pelan takaful masih aktif. Bagi memastikan pelan takaful sentiasa aktif sepanjang masa, pembayaran atau caruman wajib dibuat mengikut tarikh yang ditetapkan. Ini adalah salah satu sebab utama kenapa berlakunya kegagalan dalam proses mendapatkan pampasan.
  • tempoh masa selama tiga bulan diberi sebelum pelan tersebut ditamatkan. Pencarum wajib membayar segala caruman yang belum dilunaskan lagi untuk mengaktifkan semula pelan sedia ada.
  • Pastikan setiap caruman dibuat mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Tanggungjawab ini terletak di bahu anda sepenuhnya. Anda boleh memilih untuk membuat pembayaran bagi tempoh setahun. Ini dapat menjimatkan masa dan tenaga sekiranya duit bukan menjadi halangan.
  • Anda juga boleh memilih menggunakan kaedah pembayaran secara automatik seperti menggunakan kad kredit atau kad debit. Hanya pastikan kad kredit anda masih belum luput tarikhnya atau tidak mencapai had kredit yang ditetapkan (had baki mencukupi untuk pembayaran).
  • Bagi pembayaran menggunakan kad debit pula. Anda perlu pastikan baki duit dalam akaun mencukupi sepanjang masa (sebagai langkah keselamatan).
    SEBAB TUNTUTAN TAKAFUL ANDA DITOLAK
    7. TUNTUTAN MELEBIHI JUMLAH PERLINDUNGAN
  • Setiap pelan insurans mahupun Takaful pasti mempunyai had tuntutan tahunan yang telah ditetapkan. Jadi setiap tahun, anda hanya akan dibenar untuk membuat tuntutan tidak melebihi jumlah yang telah ditetapkan dalam polisi insurans anda. Sekiranya lebih daripada itu, maka kemungkinan besar tuntutan anda akan ditolak.
  • Contohnya, Perlindungan ditawarkan hanyalah RM100,000 misalnya, tetapi tuntutan kita melebihi jumlah tersebut. Maka, tuntutan insurans akan ditolak. Tuntutan tidak boleh melebihi daripada jumlah perlindungan.
  • Kita perlu semak sekiranya ada jumlah had perlindungan bagi pelan takaful yang kita ambil dan pastikanya ianya mencukupi.