Ejen Takaful

SEBAB TUNTUTAN TAKAFUL ANDA DITOLAK

Antara sebab rakyat Malaysia dapatkan perlindungan Takaful ialah supaya anda dan keluarga dilindungi dari beban kos perubatan tinggi jika musibah melanda. Tetapi untuk dapatkan manfaat sepenuhnya dari pelan Takaful, anda harus memahami sebab utama tuntutan Takaful boleh ditolak. Sebenarnya, proses tuntutan takaful mempunyai syarat-syarat dan kelayakan untuk anda claim semula berdasarkan polisi yang telah ditawarkan. Syarat-syarat tersebut bergantung kepada jenis insurans yang anda sertai. Adakalanya ejen juga tidak menerangkan secara terperinci kepada kita. “Saya nak buat tuntutan insurans untuk bayar kos rawatan hospital, tetapi kenapa ditolak?” Sakitnya hati kalau tiba-tiba situasi seperti di atas ini berlaku pada diri sendiri kan? Sudahlah penat menanggung kesakitan, kemudian hati pula bagai ‘dirobek’ selepas cubaan untuk membuat tuntutan insurans ditolak. Pasti anda pernah mendengar aduan-aduan tentang syarikat takaful/insurans yang tidak membayar tuntutan sepertimana yang telah dijanjikan. Tidak keterlaluan jika dikatakan perkara ini adalah salah satu sebab mengapa kadar penembusan takaful di kalangan rakyat Malaysia hanyalah sekitar 15% sahaja, dan kebanyakannya adalah under-insured. Sesetengah orang menyangka proses membuat tuntutan adalah rumit dan sukar untuk diluluskan. Jika diteliti, hampir kesemua kes aduan ini adalah disebabkan peserta tidak memahami polisi mereka sendiri. Percaya atau tidak, ramai peserta takaful tidak pernah membaca polisi mereka. Mereka bergantung 100% kepada agent yang mana kadang-kadang agent pun tidak menerangkan kesemuanya. Industri takaful dan insurans adalah dikawal sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia. Syarikat takaful tidak boleh sesuka hati menolak claim jika ia dinyatakan dalam polisi dan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan. Polisi takaful adalah satu kontrak yang dipersetujui antara syarikat takaful dan pemegang polisi. Pada entri kali ini, saya akan kongsikan alasan atau sebab sebab syarikat takaful menolak tuntutan pampasan yang anda kemukakan. Mungkin selepas ini, kita tahu sebab-sebab tuntutan ditolak dan bersiap-sedia untuk memudahkan urusan claim takaful kita.     1. TIDAK MEMAHAMI TERMA DAN SYARAT PERLINDUNGAN Setiap pelan perlindungan takaful tidak sama, ianya bergantung kepada jenis pelan dan syarikat takaful tersebut. Amat penting untuk kita ketahui terma dan syarat perlindungan takaful yang kita sertai. Baca sehingga faham dan tanya kepada ejen jika ada kekeliruan atau keraguan terhadap sesuatu. Kita juga perlu memahami perbezaan di antara pelan penyakit kritikal dan pelan perubatan. Bagi pelan perubatan, perlindungan adalah untuk situasi kecemasan yang memerlukan pesakit dimasukkan ke hospital. Pelan ini akan menanggung kos sepanjang pesakit di wad serta rawatan yang diperlukan. Pelan penyakit kritikal pula akan memberikan pemegang bayaran sekaligus berdasarkan peratus didalam kontrak jika pemegang pelan didiagnosis dengan penyakit kritikal.Sebelum memohon mana pelan Takaful, pastikan anda dapatkan penjelasan dari ejen Takaful mengenai perlindungan yang ditawarkan oleh pelan tersebut. 2. TIDAK MENGESAHKAN PENYAKIT SEDIA ADA Ketika proses anda untuk mendapatkan perlindungan insurans perubatan sebelum ini, anda pastinya sudah diminta untuk membuat pengesahan mengenai penyakit sedia ada anda. Ingat, jangan sesekali cuba menyembunyikan penyakit anda tidak kiralah sama ada kritikal mahupun tidak. Anda perlu tahu bahawa pihak insurans mahupun Takaful boleh mendapatkan laporan perubatan daripada jabatan tuntutan yang akan melakukan siasatan apabila permohonan tuntutan anda dibuat. Sekiranya permohonan tuntutan yang dibuat itu adalah untuk penyakit sedia ada yang tidak diisytiharkan anda sebelum ini, maka sudah semestinya tuntutan anda akan ditolak. Jadi, jangan cuba sembunyikan penyakit anda dan berlakulah jujur.          3.TUNTUTAN DIBUAT DALAM TEMPOH MENUNGGU Majority syarikat insuran meletakkan tempoh untuk menunggu sehingga 120 hari bagi penyakit tertentu seperti darah tinggi, kencing manis, cyst, kanser dan banyak lagi . Tempoh menunggu atau disebut juga sebagai waiting period ini dikenakan khusus kepada pencarum atau individu yang baru membeli insurans perubatan. Ini bermakna sepanjang tempoh ini (iaitu dari tarikh polisi diaktifkan), anda tidak boleh menggunakan kad perubatan sekiranya dimasukkan ke hospital. Sekiranya anda membuat juga tuntutan, pastilah ia akan ditolak oleh syarikat insurans. Namun, lain kisahnya jika anda terlibat dalam kemalangan. Tempoh menunggu tidak akan dikenakan dan anda boleh menggunakan kad perubatan dengan serta-merta. Tips untuk anda. Perkara penting yang anda perlu tahu sekarang nie adalah, waiting period untuk penyakit-penyakit spesifik adalah 120 hari bermula dari tarikh polisi berkuatkuasa. • Senarai penyakit spesifik adalah seperti berikut ; o Serangan Penyakit Jantung o Trauma Kepala Utama o Strok o Kanser o Kegagalan Ginjal(Buah pinggang) o Pemindahan Organ Utama o Penyakit Lumpuh o Sklerosis o Hepatitis virus fulminan o Koma o Buta o Penggantian injap jantung o Kehilangan Tangan dan Kaki o Pembedahan Aorta o  Alzheimer o Hilang pendengaran o Hilang Kebolehan Bertutur o Kebakaran Parah o Penyakit terminal o AIDS akibat transfusi darah o Penyakit motor neuron o Parkinson o Penyakit Hati yang kronik o Penyakit paru-paru yang kronik o Anemia Aplastik o Distrofi otot o Poliomeilitis o Meningitis Bakteria o Tumor Otak Benigna o Ensefalitis o Full Blown AIDS o Sindrom Apalik o Pembedahan Otak o Penyakit koronari yang kronik o Penyakit koronari yang memerlukan pembedahan o Hipertensi arteri pulmonary 4. PELAN ANDA TELAH LUPUT Anda mungkin terlupa untuk membuat bayaran bulanan, dan ini akan menyebabkan pelan tersebut luput. Oleh sebab itu, apabila anda ingin membuat tuntutan, ia akan ditolak kerana anda sudah tidak berada dibawah perlindungan Takaful tersebut. Untuk mengelakkan situasi ini berlaku, pastikan anda boleh dihubungi ejen Takaful kerana mereka bertanggungjawab untuk menghantar peringatan sekiranya pelan Takaful anda hampir luput. Pastikan nombor telefon serta maklumat lain anda dikemaskini seperti e-mel dan alamat supaya anda boleh dihubungi. Sudah menjadi tanggungjawab ejen untuk mengingatkan kita membuat bayaran bulanan. Jika tidak membuat bayaran, pelan takaful kita akan luput dalam tempoh tertentu. 5. MAKLUMAT DIRI TIDAK CUKUP DAN LENGKAP Untuk membuat tuntutan, anda tidak bolehlah tergopoh-gopoh sehingga gagal memberikan maklumat yang lengkap. Sekiranya ia berlaku, permohonan anda akan ditolak oleh syarikat insurans dan ia mungkin akan melambatkan lagi proses anda untuk membuat tuntutan insurans. Jadi, pastikan anda isi dan berikan semua maklumat dengan betul dan lengkap bagi melancarkan proses tuntutan insurans anda.        6. TERLEPAS PEMBAYARAN (LAPSE PAYMENT) Manfaat dan pampasan dalam setiap produk takaful hanya boleh dinikmati sama ada untuk diri sendiri atau waris berdaftar sekiranya pelan takaful masih aktif. Bagi memastikan pelan takaful sentiasa aktif sepanjang masa, pembayaran atau caruman wajib dibuat mengikut tarikh yang ditetapkan. Ini adalah salah satu sebab utama kenapa berlakunya kegagalan dalam proses mendapatkan pampasan.

CARA BUAT TUNTUTAN INSURAN TAKAFUL

Polisi insuran adalah untuk melindungi anda dan keluarga anda semasa menghadapi saat-saat sukar dalam kehidupan anda. Pihak insuran akan membayar tuntutan anda secepat mungkin dengan penuh prihatin dan insani sekiranya berlaku apa-apa kemalangan yang tidak diingini. Ia merupakan satu proses tuntutan yang mudah dan ringkas, serta hanya meminta maklumat yang diperlukan sahaja. Kakitangan ejen insuran takaful dilatih secara professional untuk membantu anda secara peribadi dan mesra pelanggan. Pihak insuran menilai dan membayar setiap tuntutan yang layak dengan segera. Hanya memerlukan maklumat releven sahaja dan akan menyampaikan perkembangan terkini proses tuntutan anda apabila anda memerlukannya dengan menerangkan keputusan secara mudah dan jelas. Pihak takaful akan menguruskan setiap tuntutan sebaik sahaja menerima dan akan memaklumkan anda tentang status permohonan anda. Bagaimana untuk membuat tuntutan anda? • Melalui emel – Hantarkan tuntutan anda bersama semua dokumen lengkap, resit dan borang yang diperlukan melalui e-mel takaful yang anda daftar • Melalui ejen perkhidmatan – Hantarkan tuntutan kepada ejen anda dan mereka akan membantu anda menyerahkan tuntutan anda kepada pihak atasan untuk membuat tuntutan. SENARAI SEMAK TUNTUTAN Anda harus memaklumkan kepada pihak insuran secepat mungkin apabila berlakunya kemalangan atau kejadian yang tidak dingini. Ini dapat membantu pihak insuran menyelesaikan tuntutan anda dengan lebih pantas dan Bahagian Tuntutan insuran akan memberi nasihat untuk langkah seterusnya. • Sila pastikan butiran dan maklumat anda lengkap sebelum membuat tuntutan melalui Borang Tuntutan Online • Maklumat Polisi anda • Maklumat tentang kemalangan: tarikh, kerosakan yang berlaku, lokasi, dan sebagainya • Butiran dan dokumen sokongan yang menjelaskan kehilangan atau kerosakan yang ingin anda tuntut • Maklumat tambahan mengenai individu, kenderaan atau harta benda yang terlibat PROSES TUNTUTAN 1. Tugasan Tuntutan – Setelah tuntutan anda diterima, ia akan ditugaskan kepada pakar tuntutan insuran. Bergantung kepada kerumitan tuntutan anda, anda mungkin akan berurusan dengan pakar tuntutan yang berpengalaman dalam mengendalikan aspek tertentu tuntutan anda. 2. Permulaan – Pakar tuntutan insuran akan menghubungi anda untuk mendapatkan maklumat berkenaan kerugian anda, bercakap tentang perlindungan anda, menerangkan bagaimana tuntutan anda akan dikendalikan, mengenalpasti cara-cara untuk melindungi harta benda anda daripada kerosakan lanjut dan menjadualkan temujanji dengan anda jika diperlukan. 3. Anggaran Tuntutan & Penilaian – Pakar tuntutan insuran akan menentukan sama ada kerugian akan dilindungi, mengumpul fakta, menyiasat dan mendokumenkan kerosakan, menemubual saksi atau individu lain yang terlibat, jika perlu gambar dan sampel akan diambil, dan menilai tuntutan anda. 4. Resolusi – Pihak insuran akan bekerjasama dengan anda untuk menentukan sama ada tuntutan anda dapat dijelaskan oleh insuran atau tidak. Penjelasan akan diberikan jika tiada bayaran dibuat atas tuntutan anda. Insuran takaful akan menutup tuntutan anda setelah segala tuntutan anda diselesaikan dibawah terma polisi anda. Anda juga boleh menghubungi mereka jika terdapat perbelanjaan, yang diragui dan pihak insuran takaful akan membuka semula tuntutan anda untuk siasatan lebih lanjut. BAGAIMANA CARA MENGHANTAR TUNTUTAN? LANGKAH 1 : KENALPASTI JENIS TUNTUTAN Adalah penting bagi anda untuk mengenalpasti terlebih dahulu jenis tuntutan yang ingin anda pohon bagi memastikan persiapan dan proses tuntutan menjadi mudah, kerana setiap keperluan tuntutan mungkin berbeza. LANGKAH 2 : DAPATKAN BORANG TUNTUTAN Anda boleh mendapatkan borang tuntutan dengan memuat turun di laman web atau dengan mengunjungi cawangan berdekatan atau Pusat Khidmat Pelanggan. Pastikan anda mendapatkan borang yang betul untuk tuntutan anda. LANGKAH 3 : SEDIAKAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN Setiap jenis tuntutan memerlukan penyerahan dokumen yang berbeza. Layari laman web untuk melihat dokumen-dokumen yang diperlukan untuk tuntutan anda. LANGKAH 4 : SAHKAN DOKUMEN Sejurus selepas dokumen disediakan, anda harus mengesahkan dokumen tersebut. Berikut adalah senarai pegawai yang dibenarkan untuk mengesahkan dokumen anda : – Pegawai Cawangan/Tuntutan – Pesuruhjaya Sumpah – Notaris Awam – Peguambela & Peguamcara – Jaksa Pendamai – Ahli Parlimen – Ketua Balai – Penghulu – Pegawai Daerah LANGKAH 5 : HANTAR Kumpulkan kesemua dokumen yang telah disahkan dan anda bersedia untuk menghantar tuntutan anda. Anda boleh menghantar permohonan tuntutan anda di cawangan berdekatan, Pusat Khidmat Pelanggan atau melalui pos. Anda telah menyiapkan semuanya dan menghantar permohonan tuntutan anda. Anda menantikan berita baik, tetapi anda baru sahaja dimaklumkan bahawa permohonan tuntutan anda telah ditolak. Mengapa? Ketahui sebab-sebab lazim permohonan tuntutan anda ditolak seperti yang dinyatakan di dalam jadual di bawah : PENOLAKAN TUNTUTAN PENYELESAIAN Tidak membuat pendedahan penting Pastikan anda membuat pendedahan penuh dalam borang cadangan anda Sijil tidak berkuat kuasa Luput setelah tempoh (biasanya dalam tiga tahun pertama sejak dikeluarkan) Buat pembayaran caruman sewajarnya untuk memastikan sijil anda sentiasa berkuatkuasa Luput kerana kehabisan nilai tunai Pastikan anda mempunyai nilai tunai secukupnya di dalam akaun individu atau akaun unit. Dapatkan bantuan perunding takaful anda Kemasukan hospital atau kejadian dilindungi berlaku dalam tempoh menunggu Kejadian berlaku sebelum tarikh permulaan sijil Tuntutan hanya boleh dimohon sekiranya kejadian berlaku selepas tempoh menunggu atau selepas tarikh kuat kuasa Kejadian termasuk dalam risiko terkecuali Baca senarai penuh pengecualian di dalam sijil dokumen anda Kemasukan hospital akibat alkohol atau penyalahgunaan bahan terlarang Tiada pelan perlindungan yang menyediakan perlindungan melibatkan alkohol atau penyalahgunaan bahan terlarang Kejadian tidak termasuk dalam kejadian dilindungi Fahami manfaat manfaat yang pelan anda sediakan. Ketahui selanjutnya mengenai perlindungan yang pelan anda lindungi di dalam dokumen sijil anda Tiada kemasukan hospital, hanya rawatan pesakit luar Pelan perubatan selalunya hanya merangkumi rawatan penghospitalan, bukan rawatan pesakit luar Kejadian berlaku akibat penyakit dan bukan kemalangan Pelan perlindungan anda mungkin tidak merangkumi penyakit kritikal. Sila sertai pelan penyakit kritikal Hilang upaya atau penyakit tidak memenuhi definisi atau terma dan syarat sijil Baca terma dan syarat penuh pelan anda yang terdapat di dalam sijil dokumen Dokumen tidak lengkap Pastikan semua dokumen yang diperlukan disahkan dan dikemukakan. Semak dokumen yang diperlukan untuk tuntutan anda SEMAKAN PENTING • Pastikan semua borang tuntutan dan dokumen sokongan lengkap diisi untuk mengelakkan sebarang kelewatan • Pastikan tandatangan anda pada borang tuntutan sama dengan tandatangan yang direkodkan • Sijil Perubatan Sulit mesti dilengkapkan dengan perbelanjaan pihak menuntut sendiri • Senarai semak ini adalah rujukan sebelum mengemukakan tuntutan. Pihak insuran takaful akan meminta dokumen dan maklumat lain yang berkaitan jika perlu • Anda perlu menunjukkan dokumen asal yang telah disalin dan diserahkan kepada pihak insuran apabila perlu Permohonan tuntutan merupakan suatu proses yang mudah sekiranya anda tahu dan faham

HIBAH TAKAFUL UNTUK KELUARGA

Hibah merupakan perbuatan memberi dan merujuk kepada pemindahan hak milik sesuatu yang khusus daripada seorang penderma (Wahib) kepada seorang penerima (Mawhub lahu) tanpa mengenakan sebarang syarat. Menurut Jadual 10 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, sebagai peserta takaful, anda boleh menamakan seorang individu untuk menerima manfaat takaful anda sebagai pelaksana atau sebagai benefisiari di bawah hibah bersyarat selepas anda meninggal dunia. Pilihan untuk menamakan benefisiari melalui hibah bersyarat adalah satu peruntukan istimewa untuk memastikan orang tersayang anda menerima manfaat anda tanpa perlu melalui prosedur pewarisan yang berpanjangan atau menunggu untuk harta diagihkan sebagai sebahagian daripada harta pusaka anda di samping aset-aset anda yang lain. KELEBIHAN HIBAH BERSYARAT DALAM TAKAFUL Apabila anda menamakan benefisiari di bawah hibah bersyarat, manfaat kematian takaful anda akan dikecualikan daripada faraid secara automatik (pembahagian aset dan harta pusaka menurut undang-undang perwarisan Islam) selepas anda meninggal dunia. Proses ini boleh menjadi proses yang merumitkan dan memakan masa yang lama untuk dilaksanakan. Dengan menamakan benefisiari, anda boleh memastikan orang tersayang menerima manfaat sijil takaful anda tanpa perlu melalui prosedur pewarisan yang panjang. Walau bagaimanapun, di bawah hibah bersyarat, anda boleh menjadikan mereka sebagai penerima manfaat kematian sijil takaful anda yang akan mengecualikan manfaat-manfaat yang sama itu daripada pengagihan harta pusaka anda. Ini memberikan akses langsung kepada penama untuk mengakses manfaat kematian anda dan membenarkan mereka untuk menggunakan dana tersebut menurut budi bicara mereka. Secara alternatifnya, anda juga boleh menyerahkan hibah anda kepada pelaksana, yang kemudian bertanggungjawab untuk mengagihkan manfaat kematian takaful anda menurut faraid. Meninggalkan hibah kepada keluarga anda boleh memberi anda ketenangan minda, khususnya mengetahui bahawa orang tersayang anda akan dijaga dan tidak akan mengalami masalah kewangan kerana pemergian anda. Keluarga anda juga, akan berasa bersyukur kerana mempunyai penimbal kewangan untuk menampung kehidupan mereka semasa mereka kembali menjadi stabil. Apabila anda sudah berkeluarga, segala perspektif terhadap kehidupan anda turut mula berubah. Mahu atau tidak, kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan ahli keluarga anda menjadi prioriti yang paling utama. Jika anda sedang mencari produk takaful perlindungan pendapatan bagi memastikan situasi keluarga anda terjamin, pelan takaful keluarga yang pihak takaful tawarkan mungkin jawapan kepada pencarian anda. Sesetengah orang memilih untuk mengambil insuran komersial untuk melindungi keluarga mereka, tapi tahukah anda, takaful keluarga memberi lebih banyak manfaat dan juga peluang untuk anda membuat pelaburan bagi mengukuhkan kedudukan kewangan keluarga anda. MENGAPA ANDA PERLU HIBAH TAKAFUL UNTUK KELUARGA? Mencarum takaful buat keluarga anda mempunyai pelbagai kelebihan. Pertama sekali, kewangan anda dan keluarga akan lebih terjaga. Dengan sedikit komitmen kewangan bulanan yang anda gunakan untuk caruman takaful akan dapat memastikan yang anda sekeluarga akan lebih bersedia untuk menghadapi apa saja kemungkinan termasuk penghospitalan, pembelanjaan pendidikan anak-anak mahupun ibadat umrah dan haji. Kedua, pelan takaful adalah fleksibel. Jiika anda risau jika tanggungan anda semakin bertambah hingga memerlukan anda mengambil pelan takaful yang baharu, pelan Takaful keluarga yang takaful tawarkan tidak akan membuat anda berasa tertekan. Pelan takaful keluarga yang komprehensif juga ada menawarkan takaful perlindungan pendapatan dan hibah takaful buat keluarga anda jika terjadinya sesuatu perkara yang tidak diingini. Dapatkan takaful untuk melindungi bukan sahaja keluarga anda, tetapi juga demi kesejahteraan masa hadapan anda semua. TAKAFUL KELUARGA Ini merupakan panduan sebagai pengenalan untuk membantu anda memahami takaful keluarga. Ia memberikan maklumat asas supaya anda boleh mengajukan soalan yang betul dan memahami jawapan yang diberikan oleh pengendali takaful serta membuat keputusan yang tepat sebelum menyertai sesuatu pelan takaful. Apakah takaful keluarga? Takaful keluarga memberikan anda perlindungan serta memperoleh simpanan jangka panjang. Anda atau waris anda akan mendapat manfaat dalam bentuk kewangan jika anda ditimpa kemalangan. Pada masa yang sama, anda akan menikmati simpanan persendirian jangka panjang kerana sebahagian daripada caruman anda akan didepositkan ke dalam sebuah akaun untuk tujuan simpanan. Anda akan menikmati pulangan pelaburan daripada caruman simpanan berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui. Jika anda menyertai takaful keluarga, anda layak untuk mendapat pelepasan cukai perseorangan seperti insurans nyawa. Amaun maksimum bagi pelepasan takaful keluarga biasa ialah RM5,000 setahun setelah ditolak caruman yang dibayar kepada skim faedah saraan, seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Bagi pelan perubatan dan pelajaran, pelepasan cukai ialah RM3,000 setahun. Konsep takaful dan takaful keluarga Apabila anda menyertai takaful keluarga, anda akan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful. Anda akan memeterai perjanjian (aqad) bagi sebahagian daripada caruman anda sebagai caruman penyertaan (tabarru’) dan sebahagian lagi sebagai simpanan dan pelaburan. Caruman anda dalam bentuk tabarru’ akan dimasukkan ke dalam sebuah dana (Akaun Khas Peserta atau AKP) yang akan digunakan untuk memenuhi tanggungjawab anda dalam saling membantu sekiranya salah seorang peserta ditimpa musibah seperti kematian atau hilang upaya kekal. Jika anda masih hidup sehingga tarikh matang pelan tersebut, anda layak untuk berkongsi lebihan bersih daripada dana itu, jika ada. Pengendali takaful akan melaburkan caruman simpanan dan pelaburan anda (Akaun Peserta atau AP) dan keuntungan akan dikongsi antara anda dan pengendali takaful berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui. Jenis perlindungan Takaful keluarga boleh dibahagikan seperti berikut : Takaful keluarga individu (perseorangan) – Ini termasuk pelan pelajaran, gadai janji, kesihatan dan ‘rider’. Anda akan menerima manfaat kewangan jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal, serta simpanan jangka panjang (pelaburan) dan keuntungan pelaburan yang akan diberikan sekiranya dituntut, matang atau serahan awal. Takaful keluarga berkumpulan (majikan, kelab, persatuan dan kesatuan) – Ini termasuk pelan pelajaran berkumpulan, perubatan berkumpulan, kesihatan dan ‘rider’. Jumlah minimum peserta dikehendaki untuk layak memasuki pelan ini. Anda akan mendapat perlindungan dalam bentuk manfaat kewangan sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal. Takaful keluarga ‘rider’ – merupakan tambahan kepada pelan takaful keluarga asas. ‘Rider’ memberi perlindungan sekiranya berlaku kemalangan diri dan hilang upaya, perubatan dan kesihatan. Manfaat di bawah takaful keluarga Sekiranya anda meninggal dunia sebelum pelan takaful anda matang, pengendali takaful akan membayar kepada penama (wasi) anda, manfaat-manfaat berikut: Daripada AP anda Amaun yang telah terkumpul di dalam AP anda serta keuntungan pelaburannya dari tarikh penerimaan pelan takaful hingga tarikh pembayaran sebelum kematian. Daripada AKP anda Jumlah perlindungan risiko atau tabarru’. Jika anda masih hidup sehingga tarikh matang, anda layak untuk menerima manfaat manfaat daripada AP anda Amaun yang telah terkumpul di dalam AP anda serta keuntungan pelaburannya. Daripada AKP anda Lebihan bersih yang diperuntukkan

APA ITU HIBAH?

DEFINISI HIBAH Hibah merupakan instrumen penting dalam perancangan harta menurut undang undang Islam. Hibah ialah pemberian harta yang berlaku semasa hidup pemberi hibah, sedangkan wasiat ialah pemberian harta yang berlaku selepas kematian pewasiat. instrumen ini digalakkan dalam Islam, di mana sekiranya ia dilakukan dengan betul dan selaras dengan kehendak syarak maka ia boleh mengelakkan berlaku pertikaian dan perebutan harta. Melalui hibah juga dapat membantu kaum kerabat yang memerlukan bantuan. Terdapat tanggapan bahawa dengan melakukan hibah maka dia telah menyalahi ketepatan hukum faraid. Tanggapan ini tidak tepat kerana instrumen ini juga sebenarnya diberi focus dan tempatnya yang tersendiri di dalam Islam. DEFINISI HIBAH TAKAFUL Hibah Takaful pula adalah pemberian Hadiah dalam bentuk Nilai Pampasan Takaful kepada penerima hibah yang telah ditetapkan oleh Peserta Takaful. Penerima HIBAH tersebut merupakan penerima MUTLAK dan PAMPASAN HIBAH TAKAFUL tersebut adalah terkecuali daripada pengurusan harta pusaka dan dalam pecahan bahagian faraidh. Hibah Takaful adalah Hibah Bersyarat. Ia dilindungi oleh Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Hibah Takaful juga terpakai untuk warga islam dan bukan islam. KONSEP HIBAH DALAM ISLAM | PENGERTIAN HIBAH HIBAH DARI SEGI BAHASA bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau selainnya. Ia merangkumi hadiah dan sedekah. Ketiga-tiga istilah ini mempunyai pengertian yang hampir sama. Perbezaannya dari aspek tujuan pemberian itu, di mana sedekah ialah suatu pemberian yang bertujuan untuk mendapat pahala di akhirat dan ia biasanya dari yang kaya kepada yang miskin. Manakala hadiah pula ialah pemberian untuk memuliakan seseorang dan biasanya ia ada hubungkait dengan sesuatu perkara. Dengan ini dapat dirumuskan bahawa setiap sedekah dan hadiah adalah hibah, tetapi bukan semua hibah adalah sedekah dan hadiah. HIBAH DARI SEGI ISTILAH Ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad). Secara lebih khusus lagi, hibah ialah suatu akad pemberian milik ain harta daripada satu pihak kepada pihak yang lain tanpa balasan (iwad) semasa hidup secara sukarela, bukan mengharapkan pahala di akhirat dan memuliakan seseorang, dengan menggunakan lafaz ijab dan qabul atau seumpamanya. Berdasarkan definisi di atas, dapat disimpulkan ciri-ciri hibah adalah seperti berikut: • Suatu akad pemberian milik harta kepada sesuatu pihak. • Harta yang boleh dihibah ialah ain harta, bukannya hutang atau manfaat. • Akad hibah dibuat tanpa mengenakan sebarang balasan (iwad). • Akad hibah berkuat kuasa semasa hidup pemberi hibah. Ia dibuat secara sukarela tanpa paksaan. • Akad dibuat bukan bertujuan untuk mendapat pahala atau memuliakan seseorang tertentu KELEBIHAN HIBAH TAKAFUL 1. Penerima Mutlak – Wang hibah takaful tidak perlu dibahagikan mengikut faraid 2. Tiada Kos Guaman – Tiada kos guaman atau kos tersembunyi untuk penama menerima wang hibah tersebut 3. Boleh dihadiahkan kepada bukan waris – Wang hibah takaful boleh dihadiahkan kepada anak angkat, sesiapa yang dikehendaki atau disedekahkan 4. Tidak Dibekukan – Sijil hibah takaful tidak akan dibekukan selepas meninggal dunia 5. Cara Mudah Mencipta Harta – Wang hibah takaful adalah satu cara mudah untuk menyediakan harta selain daripada menyimpan & melabur 6. Patuh Shariah – Produk mengikut garis panduan Syariah dipantau oleh BNM. HUKUM DAN PENSYARIATAN HIBAH Dari segi hukum, hibah adalah suatu amalan yang sunat dan digalakkan dalam Islam terutama sekali kepada kaum keluarga terdekat. Amalan ini adalah berdasarkan kepada Al-Quran, al-Sunnah dan ijmak. Antara ayat al-Quran yang menggalakkan amalan hibah ialah sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin itu dengan senang hati, makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya” (Surah al-Nisa’ ayat 4). RUKUN HIBAH DAN SYARATNYA: Sesuatu akad hibah tidak akan terbentuk melainkan setelah memenuhi rukun dan syarat seperti berikut: 1. PEMBERI HIBAH (AL-WAHIB) Pemberi hibah hendaklah seorang yang berkeahlian seperti sempurna akal, baligh dan rushd. Pemberi hibah mestilah tuan punya barang yang dihibahkan. Oleh kerana pemilik harta mempunyai kuasa penuh ke atas hartanya, hibah boleh dibuat tanpa had kadar serta kepada sesiapa yang disukainya termasuk kepada orang bukan Islam, asalkan maksudnya tidak melanggar hukum syarak. 2. PENERIMA HIBAH (AL-MAWHUB LAHU) Penerima hibah boleh terdiri daripada sesiapa sahaja asalkan dia mempunyai keupayaan memiliki harta sama ada mukallaf atau bukan mukallaf. Sekiranya penerima hibah bukan mukallaf seperti masih belum akil baligh atau kurang upaya, hibah boleh diberikan kepada walinya atau pemegang amanah bagi pihaknya. Penerima hibah mestilah menerima harta yang dihibahkan dan berkuasa memegangnya. Dengan kata lain, penguasaan dan kawalan terhadap harta mestilah diberikan kepada penerima hibah. 3. BARANG ATAU HARTA YANG DIHIBAHKAN (AL-MAWHUB) Barang atau harta yang hendak dihibahkan itu perlu memenuhi syarat-syarat berikut: • Ia hendaklah barang atau harta yang halal. • Ia hendaklah sejenis barang atau harta mempunyai nilai di sisi syarak. • Barang atau harta itu milik pemberi hibah. • Ia boleh diserah milikkan. • Ia benar-benar wujud semasa dihibahkan. Contohnya, tidak sah hibah barang yang belum ada seperti menghibahkan anak lembu yang masih dalam kandungan atau hibah hasil padi tahun hadapan sedangkan masih belum berbuah dan sebagainya • Harta itu tidak bersambung dengan harta pemberi hibah yang tidak boleh dipisahkan seperti pokok-pokok, tanaman dan bangunan yang tidak termasuk tanah. • Mengikut mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali, hibah terhadap harta yang berkongsi yang tidak boleh dibahagikan adalah sah hukumnya. Dalam Islam,barang yang masih bercagar (seperti rumah) boleh dihibahkan jika mendapat keizinan dari penggadai atau peminjam. KRONOLOGI HIBAH TAKAFUL • Apabila pemegang polisi MENINGGAL DUNIA, pampasan Hibah Takaful akan terus diberi kepada PENAMA HIBAH 100%. Orang luar yang TIADA penama dalam Hibah Takaful TIADA HAK untuk menuntut. • Apabila pemegang polisi didiagnos HILANG UPAYA KEKAL selamanya, pampasan akan diberikan terus kepada PEMEGANG POLISI. Polisi hibah takaful akan tamat selepas bayaran pampasan hilang upaya kekal diserahkan. • Apabila pemegang polisi didiagnos PENYAKIT KRITIKAL, pampasan penyakit kritikal akan dibayar JIKA ADA. Seterusnya polisi akan terus BERSAMBUNG secara PERCUMA hingga tarikh matang polisi. SIGHAH IAITU IJAB DAN KABUL Sighah hibah merupakan lafaz atau perbuatan yang membawa makna pemberian dan penerimaan hibah. Ia tertakluk kepada syarat-syarat berikut: • Ada persambungan dan persamaan di antara ijab dan qabul. • Tidak dikenakan syarat-syarat tertentu. • Tidak disyaratkan dengan tempoh masa tertentu. Hibah yang disyaratkan dengan tempoh tertentu seperti yang berlaku dalamal-‘umra

CARA PILIH EJEN TAKAFUL TERBAIK

Memilih ejen takaful terbaik bukanlah perkara yang mudah. Perkara paling penting selain daripada syarikat, produk dan agensi adalah ejen itu sendiri. Antara beberapa jenis penipuan takaful yang berlaku di Malaysia, ejen palsu adalah yang paling berleluasa. Penipuan ini biasanya berlaku apabila pelanggan ditipu untuk membeli polisi takaful palsu daripada individu yang mengaku dirinya ejen takaful. Contoh lain ialah perbuatan ejen takaful menyimpan wang yang dibayar oleh pemegang polisi untuk kegunaan diri sendiri dan tidak diserahkan kepada syarikat takaful. inilah sebabnya mengapa, ia amat penting untuk anda mempunyai ejen takaful yang baik, yang boleh anda percayai, sebelum anda mula melabur dalam takaful. Pada artikel kali ini, saya akan berkongsi kepada anda beberapa tips yang berguna untuk memilih ejen takaful terbaik 1. Berkhidmat Sebagai Ejen Sepenuh Masa. – Individu yang berkhidmat sebagai ejen takaful sepenuh masa biasanya mereka lebih fokus sepenuhnya. Ini bermakna mereka menghabiskan lebih banyak masa dengan klien dan segala perkara yang berkaitan takaful dan berusaha untuk mempelajari dan memahami sepenuhnya bidang yang mereka ceburi kerana itu merupakan sumber pendapatan utama mereka. 2. Ejen Mestilah Seorang Yang Profesional – Sebagai seorang ejen takaful, individu tersebut mestilah bersikap profesional terhadap klien. Contohnya, dari segi keyakinan penerangan yang jelas kepada anda supaya dapat meyakinkan anda tentang tujuan asal anda untuk mendaftarkan diri sebagai klien. 3. Berpengalaman – Pengalaman ejen dalam urusan takaful juga amat penting. Ejen yang berpengalaman sudah tahu selok belok proses untuk tuntutan ,servis dan sebagainya. Bagaimana seorang ejen ingin melakukan servis yang baik sehinggakan semua urusan diserah bulat bulat kepada pelanggan. – Tidak dinafikan ada ejen yang menyuruh pelanggan pergi sendiri ke hospital untuk mengambil report, ada yang menyuruh pelanggan memuat turun borang claim , isi dan hantar sendiri ke kaunter. Apa fungsi ejen jika semuanya dilakukan oleh pelanggan. 4. Pengetahuan Luas Tentang Takaful – Ejen yang kurang berpengalaman dan pengetahuan tentang takaful boleh mengundang misleading information ketika anda bersetuju untuk mencarum. Mungkin disebabkan ejen yang terlalu baru dan penerangan yang tidak seiring dengan fakta. – Dalam jangka masa panjang jika anda salah paham tentang produk , ini boleh mengundang kerugian didalam jangka masa panjang. Mungkin produk yang dicadangkan tidak bersesuaian dengan keperluan anda. Akibatnya anda membayar caruman bertahun tahun tanpa mengetahui apa yang diambil dan boleh menyebabkan kerugian puluhan ribu ringgit. 5. Minta Kawan Syorkan Ejen Yang Mereka Percayai – Ramai yang bertuah mempunyai ejen takaful yang cekap dan boleh dipercayai. Jadi jangan segan bertanya, mungkin mereka dapat rekomen seseorang. Kalau ada yang sudah rekomenkan ejen mereka kepada anda, jangan pula terus saja ambil mereka sebagai ejen tanpa usul periksa. Masih perlu siasat. Tanya bagaimana mereka kenal ejen mereka serta bagaimana mutu perkhidmatan mereka. 6. Survey Dahulu Testimoni Dan Ulasan – Kita sering melihat posting berbentuk testimoni kawan-kawan kita di Facebook mengenai sesuatu perkhidmatan atau produk. Mereka yang baik hati akan berbuat demikian kepada ejen takaful mereka di Facebook. – Rajin-rajinlah tengok posting dekat Facebook tu ya. Nak lagi cepat taip #Takaful dekat ruangan carian atas tu. – Cara lain untuk dapatkan ejen yang bagus melalui testimoni pelanggan. Dengan cara ini, lebih senang untuk cari ejen takaful yang memang bermutu tinggi brdasarkan pengalaman sebenar. 7. Jenis Salesman – Nak tahu ejen yang menyediakan perkhidmatan bermutu tinggi, pastikan mereka jenis salesman atau bukan. Jenis salesman senang nak kenal. Mereka bersungguh untuk mempromosikan produk mereka tanpa memahami keperluan anda dengan jelas. – Ejen yang bagus mengutamakan keperluan dan kehendak pelanggan, bukan komisen mereka. Untuk memahami keperluan pelanggan, mereka perlu banyak bertanya tentang situasi pelanggan sebelum dapat mengesyorkan produk yang sesuai. – Pastikan anda dan ejen faham setiap jumlah perlindungan dalam quotation yg dicadangkan. Pastikan setiap nilai dalam quotation dijelaskan sebab musabahnya. 8. Berkemahiran Dalam Berinteraksi – Biasanya hubungan kita sebagai pelanggan dengan ejen kita adalah berjangka-masa panjang. Jadi perlulah pandai memilih ejen. Seeloknya biarlah beliau seorang yang menyenangkan hati, yang penyabar dalam menangani soalan-soalan kita dan kerenah kita sebagai pelanggan. – Tapi jangan lah pulak kita ambil kesempatan ke atas sifat baik ejen ni. Sesetengah dari mereka memang banyak berkorban untuk pelanggan mereka. 9. Menjual Takaful Yang Diperlukan Oleh Pelanggan – Ejen yang dipercayai hanya akan menjual kepada pelanggan mereka, pelan takaful yang diperlukan oleh pelanggan. Ejen ini tidak akan memujuk pelanggan membeli sebarang pelan takaful yang tidak diperlukan. – Ejen yang tidak jujur akan cuba menjual sebanyak mungkin produk takaful yang mahal Mereka akan memujuk pelanggan mereka membeli pelan takaful mahal, yang tidak diperlukan oleh pelanggan. Ejen takaful seperti ini mengutamakan keuntungan peribadi kerana penjualan produk tersebut menawarkan komisen yang lebih tinggi kepada mereka. Elakkan Diri Anda Daripada Ejen Ejen Seperti Ini :- • Ejen yang menjanjikan bulan dan bintang. Semua benda dia kata boleh claim • Ejen bawa lari duit caruman peserta. (Elakkan memberi cash kepada ejen) • Ejen lost contact menyebabkan pelanggan rasa ditipu • Ejen lambat layan pelanggan untuk buat caruman dan tuntutan Pesanan kepada pembeli dan bakal pencarum takaful, industri ini semakin dinamik dan saingan semakin sengit. Sekiranya mereka tidak memberikan mutu perkhidmatan yang terbaik, anda tidak akan kerugian, mereka yang akan kerugian. Inilah sebab mengapa ia sangat penting untuk memilih ejen takaful yang betul, yang anda boleh percayai.

CARA PILIH PELAN TAKAFUL TERBAIK

Takaful merupakan satu pelan yang memainkan peranan penting dalam kehidupan kita sekarang. Ini kerana, kemalangan, kematian, kerugian harta benda dan banyak lagi perkara yang tidak diingini boleh terjadi pada bila bila masa dan dimana sahaja. Bagi pendapat saya, kesedaran tentang perlindungan takaful untuk masa depan diri sendiri dan keluarga juga sangat penting. Tapi bagaimana cara untuk memilih pelan takaful mana yang terbaik? Mari kita rungkaikan. Apa Itu Takaful? Takaful bermaksud suatu persetujuan yang berdasarkan kepada pertolongan bersama di mana peserta-peserta Takaful bersetuju untuk menyumbang ke dalam suatu dana yang akan memberi manfaat kewangan yang akan dibayar kepada peserta-peserta Takaful atau kepada waris mereka sekiranya berlaku perkara-perkara yang telah dipersetujui terlebih dahulu. Takaful adalah konsep insurans Islam yang mematuhi etika dan ketelusan garis panduan Syariah yang melarang ketidakpastian (Gharar), perjudian (Maisir) dan faedah (Riba). Perkataan Takaful berasal dari perkataan Arab “Kafala” yang bermaksud untuk menjamin, untuk membantu atau untuk menjaga keperluan sesama insan. Setiap peserta yang dilindungi menyumbang atas dasar Tabarru` (sumbangan) ke dalam dana yang akan digunakan untuk membantu semasa diperlukan. JENIS JENIS PERLINDUNGAN INSURAN DIBAWAH TAKAFUL Syarikat insuran di malaysia secara am nya terbahagi kepada dua kategori iaitu produk takaful keluarga dan produk takaful am. Takaful Keluarga – Insuran Kesihatan Takaful perubatan dan kesihatan boleh memberi perlindungan sekiranya anda harus membayar kos rawatan persendirian seperti kos hospital dan penjagaan kesihatan. Takaful kesihatan bukan sahaja melindungi diri anda, tetapi ahli keluarga anda juga mendapat manfaatnya tetapi ia berdasarkan pelan takaful yang anda pilih. Takaful Am – Insuran Nyawa Insurans nyawa ini akan memberi perlindungan dan menanggung diri dan nyawa anda sekiranya berlaku risiko kematian, ketidakupayaan dan kesakitan sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital. Tujuan seseorang itu mengambil insurans nyawa di bawah takaful adalah supaya waris anda mendapat hibah dalam nilai yang banyak. – Insuran Kenderaan (Insurans Takaful Kereta Dan Motosikal) Takaful pihak ketiga akan melindungi diri anda daripada tuntutan pihak ketiga yang berpunca daripada kemalangan, kecurian atau kebakaran serta kerosakan harta benda pihak ketiga,. – Insuran Rumah Takaful rumah akan melindungi rumah anda daripada kerosakan dan kerugian sekiranya berlaku kebakaran, kerugian yang disebabkan banjir atau disebabkan bencana lain. Takaful isi rumah pula melindungi barangan rumah anda seperti perabot, peralatan elektrik daripada kerosakan. TIPS CARA MEMILIH PELAN TAKAFUL TERBAIK 1. Selidik Ejen Berdaftar Dibawah MTA (MALAYSIAN TAKAFUL ASSOCIATION) – Semua syarikat takaful mestilah mendaftarkan MTA untuk semua ejen ejen dibawah perkhidmatan takaful sebelum menjual produk takaful. Peranan anda sebagai pembeli mestilah selidik dahulu sama ada ejen anda berdaftar dibawah MTA ataupun tidak bagi mengelakkan penipuan. Nada boleh menyemak status pendaftaran MTA ejen itu di laman web rasmi MTA atau menyemak senarai penuh syarikat takaful berlesen di Malaysia di laman web bank negara Malaysia. 2. Keperluan Setiap Perlindungan – Setiap orang memiliki keperluan yang berbeza untuk memilih pelan insuran, jadi anda harus mengenalpasti keperluan perlindungan setiap orang dan diri anda sendiri. Anda disarankan untuk mengambil jumlah perlindungan 10 kali ganda daripada pendapatan tahunan anda seperti yang dinyatakan oleh Persatuan Insuran Hayat Malaysia (Life Insurance Association Of Malaysia, LIAM). – Sebagai contoh, jika pendapatan tahunan anda sebanyak rm40,000, maka anda harus mengambil jumlah perlindungan sebanyak rm300,000. Sebelum anda mengambil sebarang insuran takaful, anda harus membuat kira kira berapakah jumlah perlindugan yang anda perlukan. Ianya juga memudahkan urusan anda untuk menyuarakan kepada ejen insuran takaful anda nanti. 3. Pilih Manfaat Dari Risiko Yang Anda Ingin Lindungi – sekiranya anda ingin dapatkan perlindungan takaful, anda harus memastikan semua manfaat asas dilindungi oleh takaful tersebut. Sebagai contoh seperti kematian, kecacatan, penyakit kritikal dan kerosakan harta benda. Tapi, bukan mudah utuk mencari satu pelan yang boleh melindungi semua manfaat asas anda. – Jadi anda harus bijak memilih pelan yang boleh tolong beri perlindungan untuk manfaat asas, sebagai contoh untuk dapat manfaat kematian, anda boleh ambil pelan insurans takaful hayat dan keluarga. Bukan itu sahaja, kalau anda ingin menambah perlindungan tambahan, korang boleh pertimbangkan manfaat seperti simpanan, pelaburan dan lain-lain. 4. Tetapkan Bajet Bulanan – Jika anda masih ada banyak tanggungan dan belum mampu untuk mencapai nilai 10 kali ganda daripada jumlah gaji tahunan seperti yang dinyatakan oleh pakar kewangan, anda disarankan untuk tidak memaksa diri agar tidak membebankan anda kelak untuk membayarnya. – Adalah lebih baik jika anda mengambil jumlah yang mampu bayar. Seeloknya ialah 10% dari gaji anda. Polisi caruman ini boleh sentiasa diperbaharui dari semasa ke semasa. Elakkan juga untuk mengambil pelan yang terlalu murah kerana ia mungkin mempunyai unsur penipuan dan mengelakkan kesukaran untuk anda “claim” nanti. 5. Pilih Ejen Yang Bagus – Semua syarikat insuran takaful memiliki servis yang boleh dikatakan bagus kerana mempunyai kestabilan kewangan. Tapi apakah anda berdaftar dengan ejen yang benar benar jelas memberikan penerangan tentang segala maklumat dan memaklumkan fakta yang penting dalam polisi tersebut? Mungkin ada diantaranya Cuma “baik” semasa memujuk kita untuk mengambil servis mereka sahaja. Selepas kita dah menjadi klien mereka, terus tiada follow up, tak angkat call dan ada juga kes ejen bawa lari duit kita! Itulah pentingnya dalam mencari dan memilih ejen yang bagus. 6. Semak & Double Confirm Segala Maklumat – Selain dari memilih ejen yang bagus, anda harus menyemak semula segala maklumat sebelum membuat sebarang pembayaran. Elakkan dari menandatangani borang permohonan, borang tuntutan yang kosong atau apa apa perjanjian sebelum membacanya sehingga habis. Wajib double check! 7. Fahamkan Polisi Secara Menyeluruh – Bagi kita yang tak biasa dengan istilah kewangan, memang susah sikit nak fahamkan semuanya. Jadi, tak perlu terburu-buru dan belajar sedikit sebanyak perkataan-perkataan yang biasa digunakan. Boleh gunakan Google, buku kewangan, pamphlet yang diberikan atau tanya melalui rakan-rakan. Jangan malas tau! 8. Jangan Malu Bertanya – Kalau ada sebarang perkara yang tak jelas atau tak tahu, bertanyalah. Jangan anggap ianya remeh. Paling penting, mesti fokus pada apa yang perlukan dan bukan apa yang ejen tawarkan. Jadi, korang tiada lagi alasan untuk tidak mengambil sebarang perlindungan kerana sudah banyak syarikat takaful yang terdapat di Malaysia. Syarikat Takaful berperanan sebagai alternatif lain untuk korang menjauhi insurans konvensional yang mempunyai unsur riba, maisir dan gharar. Untuk pengetahuan korang, Sistem Takaful bukan sahaja memberi manfaat kepada umat islam (muslim) tetapi juga memberi manfaat kepada